Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
STR Fasa 3

Bayaran STR Fasa 2 Dikredit Mulai Isnin Depan

Diterbitkan Mac 21, 2025 ยท Dikemas kini Mac 21, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai 24 Mac 2025, dengan hampir 9 juta penerima bakal menerima bantuan sehingga RM650.

Penerima sedia ada dan baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN), secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

bayaran STR Fasa 2_1

Kadar bayaran

Berikut merupakan kadar bayaran STR Fasa 2, mengikut kategori kelayakan masing-masing:

bayaran STR Fasa 2_2

Untuk semakan status kelayakan STR atau mendapatkan maklumat lanjut, layari pautan bantuantunai.hasil.gov.my.

Bagi individu yang tidak tersenarai dalam pangkalan data STR, permohonan baharu boleh dibuat melalui portal rasmi STR untuk proses verifikasi mengikut kategori kelayakan.

Seperti diumumkan sebelum ini, kerajaan membuka pendaftaran STR sepanjang tahun bagi memastikan lebih ramai yang layak menerima bantuan.

Dalam perkembangan lain, penerima STR yang bukan dalam kategori miskin/miskin tegar (kecuali bujang) juga boleh menyemak status kelayakan SARA melalui portal MyKasih. Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk kredit melalui MyKad penerima mulai April (hingga Disember), dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di kedai dan pasar raya yang terlibat.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025-3

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Belanjawan 2025: Kategori Bujang Akan Terima STR Sebanyak RM600
  • Ini Sebab Pentingnya Mohon STR 2025 Lebih Awal
  • Portal STR Kini Boleh Diakses Dengan MyDigital ID

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY