Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BANK DATA_

Bank Data Kebangsaan Dijangka Bermula Tahun Depan

Diterbitkan November 12, 2025 · Dikemas kini November 12, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan kini sedang merangka pelan pelaksanaan Bank Data Kebangsaan (NDR), yang dijadual akan bermula pada 2026.

Timbalan Menteri Digital Wilson Ugak Kumbong berkata projek strategik itu merupakan antara inisiatif utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi menjadikan Malaysia negara berpaksikan kecerdasan buatan (AI Nation).

Menurut beliau, NDR akan berfungsi sebagai pusat penyimpanan dan pengurusan aset data berkualiti tinggi daripada semua kementerian serta agensi kerajaan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

“Buat masa ini, Kementerian Digital sedang merangka pelan pelaksanaan. NDR ini dijadualkan akan bermula pada tahun 2026 nanti, dan antara perkara utama yang akan dijalankan termasuk kajian menyeluruh tentang keadaan semasa dan keperluan ekosistem data negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, keutamaan kementerian ialah menetapkan dasar pengurusan data kebangsaan, memastikan keseragaman format data dan memperkukuh integrasi antara agensi dalam satu ekosistem digital.

Selain itu, integrasi NDR dengan aplikasi MyGov Malaysia membolehkan data dan maklumat kerajaan dipaparkan dalam satu platform, sekali gus mempercepat proses bantuan kepada rakyat.

Bank Data Kebangsaan Dijangka Bermula Tahun Depan
Infografik: Bernama

Sementara itu, mengenai keselamatan dan privasi, beliau menjelaskan beberapa protokol keselamatan utama akan dikuatkuasakan termasuk penggunaan data sah serta mekanisme perlindungan pengguna yang ketat.

Kerajaan turut menilai kemungkinan menggunakan infrastruktur sedia ada seperti Pusat Data Sektor Awam (PDSA), MyGovNet dan Government Central Data Exchange (GCDx).

Tambahnya lagi, keselamatan data dijamin melalui kawalan capaian ketat serta pematuhan terhadap Akta Perkongsian Data 2025 (Akta 864) bagi memastikan perkongsian maklumat berjalan lancar.

Berkaitan

  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • Pelayan, Perisian Dan Data: Bagaimana ‘Awan’ Menggerakkan Dunia Web
  • Cara Daftar MyDigital ID Secara Dalam Talian
  • Laporan WHO Dedah 12% Remaja Berisiko Ketagihan Permainan Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY