Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp_featured image

Bank-Bank Di Saudi Kini Dilarang Guna WhatsApp Untuk Urusan Pelanggan

Diterbitkan Mac 5, 2025 oleh ariff bukhari

Bank Pusat Saudi (SAMA) melarang bank tempatan negara itu menggunakan aplikasi mesej seperti WhatsApp untuk komunikasi pelanggan berikutan isu keselamatan dan kebolehpercayaan.

Sebagai langkah keselamatan, bank-bank di Saudi digalakkan menggunakan alternatif seperti Live Chat dalam aplikasi atau ChatBot, serta mematuhi perlindungan data peribadi.

SAMA menyatakan kakitangan di semua bahagian dalam bank-bank di Saudi perlu diberi kesedaran mengenai arahan baharu ini.

Sementara itu, Jawatankuasa Media dan Kesedaran Bank Saudi memberi amaran mengenai peningkatan kes penipuan oleh individu yang menyamar sebagai organisasi amal atau tokoh awam untuk mengutip derma palsu.

Penipu menggunakan dokumen dan cop palsu untuk memperdaya mangsa dengan meminta bayaran pemprosesan bantuan kewangan.

Justeru, pelanggan disaran menggunakan sistem SADAD untuk pembayaran dan segera melaporkan aktiviti penipuan kepada bank mereka.

Langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran nasional bank-bank Saudi untuk menangani penipuan kewangan dan memperkukuh keselamatan terhadap ancaman siber.

Berkaitan

  • Ciri Baharu WhatsApp Nanti Bakal Benarkan Anda Tambah Pautan Di Profil
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Shopee Perkenal Program Kesetiaan Mengikut Tahap Perbelanjaan, Ini Cara Semak

Sumber: Gulf News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY