Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopee Rewards Tier_wiser my

Shopee Perkenal Program Kesetiaan Mengikut Tahap Perbelanjaan, Ini Cara Semak

Diterbitkan Mac 5, 2025 · Dikemas kini Mac 5, 2025 oleh Amalina Athman

Shopee kini memperkenalkan Shopee Rewards, program kesetiaan yang menawarkan ganjaran berdasarkan jumlah perbelanjaan dan aktiviti pesanan di Shopee.

Dengan kata lain, semakin banyak berbelanja, semakin banyak manfaat, baucar dan ganjaran eksklusif yang bakal diperoleh.

Tahap Kesetiaan & Manfaat

Shopee Rewards menawarkan empat tahap keahlian – Classic, Silver, Gold dan Platinum.

Menurut Shopee, semua pengguna bermula pada tahap Classic, dan tahap kesetiaan akan dinaikkan berdasarkan jumlah perbelanjaan serta pesanan yang diselesaikan dalam tempoh kelayakan 6 bulan: 1 Januari – 30 Jun, 1 Julai – 31 Disember.

Setiap kitaran akan diset semula pada Januari & Julai.

Shopee Rewards Loyalty Tier_1
Shopee Perkenal Program Kesetiaan Mengikut Tahap Perbelanjaan, Ini Cara Semak

 

Peraturan Kenaikan Tahap

Setiap tahap boleh dinaikkan serta-merta selepas pengguna memenuhi kedua-dua syarat pesanan minimum dan perbelanjaan minimum.

Sebagai contoh, sekiranya pengguna ‘Classic’ telah memenuhi 10 pesanan dan perbelanjaan minimum RM500, tahap kesetiaan akan dinaik taraf serta-merta kepada ‘Silver’. Tahap yang dicapai akan kekal sehingga akhir kitaran semasa dan sekiranya tidak memenuhi syarat pesanan dalam kitaran berikutnya, ia akan diturunkan pada akhir kitaran.

Selain itu, kiraan pesanan dan perbelanjaan juga akan diset semula kepada sifar pada permulaan setiap kitaran.

Namun, perlu diingat bahawa pembelian produk digital, permainan Shopee, ShopeeFood, serta kategori pengecualian lain tidak akan dikira sebagai kemajuan (progress) Shopee Rewards.

Cara Semak Tahap Kesetiaan & Manfaat

Untuk menyemak tahap keahlian dan manfaat, rujuk langkah mudah di bawah:

  1. Buka aplikasi Shopee dan pergi ke tab “Me”.
  2. Tahap kesetiaan boleh diakses di sebelah nama pengguna atau klik pada “Shopee Rewards”.
  3. Lihat butiran seperti baki keperluan untuk kenaikan tahap dan sebagainya.
  4. Pengguna juga boleh melihat manfaat berdasarkan tahap yang diperoleh.

Shopee Perkenal Program Kesetiaan Mengikut Tahap Perbelanjaan, Ini Cara Semak

Bagi keahlian Silver dan ke atas, Shopee turut menawarkan baucar hari lahir. Ia akan dimasukkan ke Dompet Baucar 3 hari sebelum bulan kelahiran – sah selama 30 hari selepas diterima.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Shopee Tingkatkan Had ShopeePay 2x Ganda Bagi Pengguna Buat Pengesahan eKYC
  • Shopee Kemas Kini Kadar Yuran Komisen Berkuat Kuasa 6 Mac 2025
  • ShopeePay Akan Tamatkan Pemindahan DuitNow Melalui Jenis ID - Ini Anda Perlu Tahu

Sumber: Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY