Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dattebayo! Pameran Naruto Pertama Di Malaysia Akan Diadakan Oktober Ini

Bakal Jadi Kenyataan, Filem Live Action Naruto Akan Diterbitkan Lionsgate

Diterbitkan Julai 10, 2026 · Dikemas kini Julai 10, 2026 oleh ariff bukhari

Lionsgate bersama pengarah Destin Daniel Cretton kini melancarkan pencarian pelakon global untuk filem aksi nyata Naruto.

Fokus utama adalah mencari tiga watak ikonik Team 7 iaitu Naruto, Sasuke dan Sakura, sebelum watak lain diumumkan.

Cretton menyatakan rasa teruja kerana diberi peluang mengadaptasi karya Masashi Kishimoto yang menjadi fenomena dunia.

Bakal Jadi Kenyataan, Filem Live Action Naruto Akan Diterbitkan Lionsgate

Beliau menekankan bahawa projek ini adalah penghormatan besar untuk membawa kisah ninja kegemaran ramai ke layar perak buat pertama kali dalam bentuk aksi nyata.

Kishimoto pula menyifatkan projek ini sebagai “keajaiban,” kerana tidak menyangka Naruto akan menjadi filem Hollywood arahan pengarah terkenal.

Beliau menantikan pelakon yang mampu menjiwai karakter ciptaannya dengan penuh dedikasi.

Pencarian ini sekali gus membuka peluang kepada peminat dan pelakon dari seluruh dunia untuk menjadi sebahagian daripada sejarah besar dalam dunia hiburan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Matikan Segera Tetapan Instagram Ini, Meta AI Benarkan Sesiapa Saja Guna Wajah Anda
  • Bukan Kad Pokemon, NVIDIA Perkenal 'GeForce Trading Cards'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY