Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
geforce trading cards

Bukan Kad Pokemon, NVIDIA Perkenal ‘GeForce Trading Cards’

Diterbitkan Julai 10, 2026 · Dikemas kini Julai 10, 2026 oleh Amsyar Latif

NVIDIA secara rasmi memperkenalkan GeForce Trading Cards: Series 1, satu siri kad koleksi fizikal yang ditujukan khusus untuk peminat setia GeForce.

Set pertama mengandungi 14 kad yang menampilkan:

  • Kad grafik GeForce ikonik dari generasi lalu
  • Permainan PC popular
  • Momen-momen bersejarah dalam perjalanan GeForce

Kad-kad ini direka dengan kualiti tinggi dan boleh dikumpul seperti kad trading tradisional. NVIDIA menekankan bahawa ini adalah cara mereka meraikan sejarah dan komuniti gaming PC.

Kad ini percuma dan hanya boleh diperolehi melalui giveaway dan cabutan bertuah semasa Summer of RTX. Ia akan diedarkan melalui saluran media sosial GeForce serta acara-acara besar seperti QuakeCon 2026, Gamescom 2026, dan Bilibili World 2026.

NVIDIA menyatakan ini hanyalah siri pertama, dan lebih banyak set GeForce Trading Cards akan dikeluarkan pada masa hadapan.

https://x.com/NVIDIAGeForce/status/2075233515776438748?s=20

Langkah ini dilihat sebagai usaha NVIDIA untuk lebih dekat dengan komuniti dan memberi nilai tambah kepada peminat yang telah lama menyokong ekosistem GeForce. Walaupun tidak dijual secara komersial, kad-kad ini dijangka menjadi buruan ramai pengumpul.

Berkaitan

  • Macam Radiator Kereta, NVIDIA Perkenal Sistem Penyejuk Cecair 45°C Untuk Pelayan AI
  • Cerebras, "Pencabar" Nvidia Dalam Dunia Cip AI, Kini Sasarkan Eropah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY