Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pergerakan Mudik Aidilfitri Mempengaruhi Kelajuan Internet Di Indonesia

Pergerakan Mudik Aidilfitri Mempengaruhi Kelajuan Internet Di Indonesia

Diterbitkan Jun 13, 2025 oleh ariff bukhari

Setiap kali menjelang Aidilfitri, rakyat Indonesia akan pulang ke kampung halaman dalam satu tradisi tahunan yang dikenali sebagai mudik.

Pada tahun 2025, fenomena mudik ini telah mencetuskan perubahan besar dalam penggunaan rangkaian mudah alih di seluruh negara itu.

Kementerian Pengangkutan Indonesia melaporkan bahawa seramai 146.48 juta orang telah mengambil bahagian dalam mudik tahun ini.

Pergerakan besar-besaran dari bandar ke kawasan luar bandar ini menyebabkan perubahan drastik terhadap prestasi rangkaian mudah alih, terutama dari segi kelajuan internet dan kestabilan.

Sebagai contoh, bandar Jakarta mencatatkan penurunan ketara dalam jumlah pengguna aktif, menyebabkan kelajuan internet di bandar itu meningkat kepada 57.94 Mbps – peningkatan sebanyak 20% berbanding minggu sebelumnya.

Sebaliknya, kawasan seperti Jawa Tengah dan Jawa Timur  mengalami lonjakan pengguna yang pulang ke kampung, telah mengakibatkan penurunan kelajuan internet masing-masing kepada 15.99 Mbps dan 25.91 Mbps, kesan daripada kesesakan rangkaian.

Kawasan luar bandar yang menerima kepulangan perantau secara besar-besaran dengan serentak telah mengalami kesan negatif dari segi prestasi internet.

Pergerakan Mudik Aidilfitri Mempengaruhi Kelajuan Internet Di Indonesia
Bandar-bandar di Indonesia dengan beban pengguna yang lebih rendah semasa Aidifitri, seperti Pekanbaru, Denpasar, dan Yogyakarta, mencatatkan kelajuan muat naik tertinggi, dengan Pekanbaru mencapai 21.83 Mbps. Kelajuan muat naik di Jakarta pula meningkat sedikit kepada 17.5 Mbps semasa perayaan dan kemudian jatuh apabila pengguna kembali.

Ekoran itu, menjelang musim mudik, pihak berkuasa seperti Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia (Kominfo) serta syarikat-syarikat telekomunikasi telah mengambil langkah meningkatkan kapasiti rangkaian dengan menghantar lebih 1,500 petugas ke lokasi strategik, dan memasang menara telekomunikasi mudah alih di lebuh raya serta hab pengangkutan utama bagi menangani lonjakan permintaan.

Hasil usaha itu, perbandingan prestasi rangkaian antara tahun 2024 dan 2025 menunjukkan peningkatan yang ketara dengan lebih 64% wilayah mencatat kelajuan internet lebih pantas pada tahun 2025 ini, menurut laporan Ookla.

Apa yang dapat disimpulkan, fenomena mudik jelas memberi impak terhadap cara rakyat Indonesia menggunakan internet, terutama semasa musim perayaan.

Kolaborasi antara pihak kerajaan dan syarikat penyedia rangkaian khususnya memainkan peranan penting dalam memberikan pengalaman rangkaian kekal stabil dan lancar kepada pengguna.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Grup Tidak Senonoh Di Facebook Bukti Kita Bertindak Lambat - Masa Untuk Kawal Selia Media Sosial Lebih Serius
  • EV Xiaomi SU7 Ultra Pecah Catatan Masa Litar Lumba Nürburgring

Sumber: Ookla®

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
©2026 WISER.MY