Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Russian cybersecurity company Kaspersky Lab

Australia Haramkan Semua Produk Kaspersky Daripada Sistem Kerajaan

Diterbitkan Februari 26, 2025 oleh ariff bukhari

Australia bertindak mengharamkan semua produk dan perkhidmatan Kaspersky daripada sistem kerajaan selepas analisis oleh Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri mendapati syarikat itu menimbulkan risiko keselamatan yang besar terhadap negara tersebut.

Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri, Stephanie Foster dalam satu kenyataan berkata penggunaan produk Kaspersky oleh entiti kerajaan Australia membawa risiko yang tidak boleh diterima.

“Setelah mempertimbangkan analisis ancaman dan risiko, saya telah menentukan bahawa penggunaan produk dan perkhidmatan web Kaspersky Lab, Inc. oleh entiti Kerajaan Australia menimbulkan risiko keselamatan yang tidak boleh diterima terhadap Kerajaan Australia, rangkaian, dan data, akibat ancaman campur tangan asing, pengintipan, dan sabotaj.”

Susulan daripada sekatan itu, Australia mewajibkan semua entiti kerajaan:

  • Mengenal pasti dan menghapuskan semua produk Kaspersky
  • Mencegah pemasangan Kaspersky pada masa hadapan
  • Melaporkan pematuhan kepada pihak berkuasa keselamatan

Kaspersky telah respon dengan menolak dakwaan itu dengan menyatakan bahawa keputusan tersebut tidak berasaskan bukti teknikal dan bermotifkan politik.

Larangan ini mengikuti langkah serupa oleh AS, Jerman, dan Kanada atas alasan keselamatan negara.

Berkaitan

  • Google Bertindak Buang Aplikasi Kaspersky Daripada Play Store
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Taiwan Dakwa Kapal Dagang Dikendalikan Kru China Rosakkan Kabel Dasar Laut

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY