Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDIgital ID featured

Audit Negara Dedah RM28.13 Juta Projek MyDigital ID Dibelanjakan Tanpa Kelulusan Jawatankuasa

Diterbitkan Februari 24, 2026 · Dikemas kini Februari 24, 2026 oleh Amalina Athman

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 mendedahkan terdapat kelemahan dalam perbelanjaan dan kawalan dalaman semasa pelaksanaan awal Projek Pembangunan MyDigital ID (Projek MyDID) di bawah pengurusan MIMOS Berhad.

Menurut laporan audit, sebanyak RM28.13 juta telah dibelanjakan daripada peruntukan awal projek berjumlah RM80 juta. Namun, audit mendapati perbelanjaan tersebut dibuat tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada jawatankuasa yang ditetapkan.

Audit Negara Dedah RM28.13 Juta Projek MyDigital ID Dibelanjakan Tanpa Kelulusan Jawatankuasa
Laporan Ketua Audit Negara

Ia merangkumi 11 subskop projek yang dibelanja tanpa atau melebihi penyaluran peruntukan berjumlah RM4.08 juta dan perbelanjaan melebihi jumlah kos bagi satu subskop berjumlah RM70,000.

Audit turut mendapati sebahagian perbelanjaan berjumlah RM14.09 juta menggunakan dana pembangunan, yang bertentangan dengan Garis Panduan Pelaksanaan Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Antara kos yang dibiayai termasuk emolumen, resource cost, kemudahan perubatan kakitangan serta kelengkapan pejabat.

Audit Negara Dedah RM28.13 Juta Projek MyDigital ID Dibelanjakan Tanpa Kelulusan Jawatankuasa
Foto: Laporan Ketua Audit Negara

Bagi mengelakkan kelemahan sama berulang pada masa hadapan, MIMOS disarankan melaksanakan beberapa penambahbaikan, termasuk memastikan semua perbelanjaan projek mendapat kelulusan jawatankuasa berkaitan, mematuhi garis panduan ditetapkan serta memperkukuh tadbir urus Geran Pembangunan.

Sebagai rujukan, Projek MyDigital ID merupakan inisiatif pembangunan identiti digital nasional yang dilaksanakan oleh MIMOS sebagai agensi pelaksana di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dana pembangunan berjumlah RM80 juta disalurkan bagi pembangunan sistem aplikasi, infrastruktur ICT, perisian, rangkaian, perkhidmatan dan lain-lain.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • MED4IRN Setuju Tubuh Unit Transformasi Digital, Percepat Pendaftaran MyDigital ID
  • Log Masuk Tunggal Aplikasi MyJPJ Dengan MyDigital ID Ditangguh Ke 1 Mac 2026
  • Teknologi e-Pengesahan MyDigital ID Diuji Dalam Sistem Pendaftaran Pelanggan, Pengesahan Transaksi Perbankan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY