Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Atome wide

Perkhidmatan BNPL Atome Makin Menguntungkan

Diterbitkan November 21, 2024 oleh Rushsyafizal

Atome Financial, platform kewangan digital utama di Asia Tenggara, telah berjaya memperoleh kemudahan kredit bernilai sehingga USD200 juta. HSBC bertindak sebagai pengatur utama kemudahan ini, dengan sokongan daripada DBS, Sumitomo Mitsui Banking Corporation (SMBC), dan Baiduri Bank dari Brunei.

Dana baharu ini akan digunakan untuk mempercepatkan pertumbuhan portfolio syarikat dan produk seperti kad Atome (Pay Later Anywhere) di pasaran utama Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Singapura, dan Filipina.

Andy Tan, Ketua Pegawai Komersial Atome Financial, berkata kemudahan ini menunjukkan keyakinan sektor perbankan terhadap syarikat mereka.

Dengan sokongan HSBC dan rakan lain, kami akan melancarkan lebih banyak produk kewangan peribadi yang inovatif untuk menyokong inklusiviti kewangan di rantau ini

Syarikat ini mencatatkan prestasi cemerlang pada 2023, dengan pendapatan operasi meningkat hampir dua kali ganda kepada USD170 juta berbanding USD88 juta pada tahun sebelumnya.

Perniagaan beli-sekarang-bayar-kemudian (BNPL) mereka juga menjadi untung, hasil peningkatan 130% dalam pendapatan dan GMV sebanyak USD1.5 bilion. Pada suku pertama 2024, Atome Financial mencapai tahap EBITDA positif buat pertama kali.

Kemudahan baharu ini meluaskan kerjasama sedia ada dengan HSBC, sambil menambah rakan strategik seperti DBS, SMBC, dan Baiduri Bank. Pada Jun lalu, syarikat ini juga memperoleh kemudahan pinjaman tiga tahun bernilai USD100 juta daripada EvolutionX Debt Capital.

Dengan sokongan dana baharu ini, Atome Financial berhasrat untuk membawa penyelesaian kewangan inovatif kepada lebih ramai pengguna di seluruh Asia Tenggara.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Kerajaan Teruskan Insentif Pembangunan Infrastruktur Pengecas EV – MITI
  • PlayStation Portal Kini Sokong 'Cloud Gaming' Permainan PS5
  • JPN Dalam Fasa Akhir Muktamad Perolehan Kad Pengenalan Generasi Baharu
  • TECNO Perkenal PC Gaming Mini Dengan Ciri Penyejukan Air Terkecil Di Dunia

Sumber: Siaran media Atome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY