Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
japan team_

Atlet Olimpik Jepun Akan Pakai Pakaian Kalis Inframerah

Diterbitkan Jun 28, 2024 · Dikemas kini Jun 28, 2024 oleh Amalina Athman

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, atlet wanita telah menjadi mangsa fotografi dan rakaman untuk tujuan terlarang, yang mana imej dan videonya kemudian disebarkan melalui internet.

Bagi menangani isu tersebut, gergasi pakaian sukan Mizuno dan beberapa jenama lain telah bekerjasama menghasilkan fabrik penghalang inframerah (infrared) untuk atlet Olimpik Jepun pada tahun ini.

Berkaitan

  • Buatan Anak Tempatan, Basikal Lumba Berprestasi Tinggi Ini Akan Di Lancar Pada Sukan Olimpik Paris 2024
  • Lebih 200 Unit Galaxy S24 Ultra Akan Digunakan Pada Pembukaan Olimpik Paris
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Walaupun pakaian olahraga standard mungkin kelihatan legap (opaque) di bawah cahaya boleh lihat, gelombang inframerah boleh menembusi dan menjadikannya separa lut sinar – mendedahkan imej pakaian dalam dan bentuk badan di bawahnya.

Sesetengah peranti seperti goggle penglihatan malam (NVG), kamera termal, dan telefon pintar tertentu secara tidak sengaja boleh menangkapnya.

Dengan fabrik baharu ini, ia menggabungkan bahan penyerap cahaya khusus dalam tekstil yang boleh menyerap dan menghalang cahaya inframerah daripada sampai ke kamera dan penderia inframerah.

Atlet Olimpik Jepun Akan Pakai Pakaian Kalis Inframerah

Dalam eksperimen yang dikongsi oleh Mizuno, imej 4 dengan fabrik baharu menunjukkan hampir legap sepenuhnya di bawah kedua-dua cahaya yang boleh dilihat dan inframerah.

Atlet Olimpik Jepun Akan Pakai Pakaian Kalis Inframerah
Perbandingan kelegapan imej bagi cahaya boleh dilihat dan imej inframerah

Penghasilan fabrik baharu ini dapat membantu mengurangkan isu fotografi inframerah secara haram dalam kalangan atlet, namun perlu mencapai keseimbangan bagi memastikan keselesaan dalam musim panas yang dijangkakan di Paris.

Sumber: Mizuno

Rujukan: TechSpot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY