Samsung Electronics mengumumkan rancangannya untuk memasang lebih daripada 200 unit Galaxy S24 Ultra pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024.
{suggest}
Menurut Samsung, Galaxy S24 Ultra akan dipasang di hadapan (bow) dan sisi setiap daripada 85 kapal yang membawa kira-kira 10,500 atlet menyusuri Sungai Seine, pada majlis itu kelak.
Ia kemudiannya akan digunakan untuk penstriman langsung dengan rakaman HDR berkualiti tinggi melalui rangkaian 5G.
Syarikat itu berkata Orange akan menjadi pembekal rangkaian mudah alih rasmi Paris 2024, dengan memasang lebih daripada sedozen antena 5G di sepanjang Sungai Seine
Dalam pada itu, Samsung memaklumkan ia juga akan menggunakan teknologi yang sama untuk pertandingan pelayaran di Marseille dengan memasang Galaxy S24 Ultra pada setiap bot pertandingan.
Dengan keupayaan OIS pada Galaxy S24 Ultra, menarik untuk melihat sejauh mana ciri penstabilan imej ini mampu memberikan hasil penstriman terbaik, terutamanya dalam keadaan kapal dan bot yang bergoyang.
Sumber: Samsung Newsroom