Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bozetta 4

Buatan Anak Tempatan, Basikal Lumba Berprestasi Tinggi Ini Akan Di Lancar Pada Sukan Olimpik Paris 2024

Diterbitkan Jun 18, 2024 · Dikemas kini Jun 18, 2024 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat pemula tempatan, Bozetta Lab Sdn. Bhd (Bozetta) sedang membangunkan basikal lumba berprestasi tinggi yang akan digunakan dalam pertandingan sukan berprestiji, Olimpik.

Dikenali sebagai BOZETTA FZ8, ia adalah basikal lumba ‘road bike‘ yang diinspirasikan daripada basikal Velodrom Olimpik, WX-R (basikal lumba ikonik kebangsaan Olimpik Malaysia) di mana pembinaan kerangkanya (body construction) adalah daripada gentian karbon gred tinggi dengan penggunaan komposit yang berbeza-beza pada setiap sudut kritikal.

Bozetta 3

Berdasarkan kepada info dari laman rasmi Bozetta, basikal gentian karbon dengan teknologi percetakan 3D ini direka di dua studio reka bentuk yang berpangkalan di Cyberjaya, Malaysia, dan Motor Valley, Itali.

Basikal ini akan dihasilkan dengan menggabungkan teknologi pembuatan pintar yang berpangkalan di Asia & buatan tangan di Italy.

Basikal lumba ini dibangunkan di bawah ujian yang ketat dan penyelidikan mendalam dengan melalui ujian terowong angin bagi ujian aerodinamik yang telah menghantar prototaip basikal ini ke Silverstone Engineering Hub, UK, hasil kerjasama dengan Institut Sukan Negara Malaysia (ISN).

Bozetta 1
[Dari kiri] Bostami Ahmad, Fadzli Rahim, & Dr. Aid Faizal.
Bozetta 2
[Dari kiri] Bostami Ahmad (Founder & Chief Designer Bozetta), Dr Aid Fawzal (Computational Fluid Dynamics Specialist), Fadzli Rahim (CTO & Performance Test Cyclist), John Beasley (Head Coach, Performance Director of Malaysia Cycling), Dr Jon Paton (Aerodynamic & Performance Sports Expert, TotalSim, UK) & Izham Mohamad (Head of Sports Performance, ISN).

Menerusi BOZETTA FZ8 & FZ88, ia akan menjadi model pertama basikal lumba berprestasi tinggi buatan anak tempatan sepenuhnya yang  akan dilancarkan semasa Sukan Olimpik Paris 2024.

Sukan berprestij itu akan bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Lamborghini Terpakai Ini Adalah Kereta Termahal Di Dunia Berjaya Dijual Secara 'Online'

Sumber: Olympic 2024, Bozetta, fb Dr, Aid Fawzal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY