Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM3,999

Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM3,999

Diterbitkan Disember 10, 2024 · Dikemas kini Disember 10, 2024 oleh Rushsyafizal

ASUS Republic of Gamers (ROG) secara rasmi melancarkan siri ROG Phone 9 hari ini di Malaysia. Siri telefon pintar gaming ini menampilkan tiga model, iaitu ROG Phone 9, ROG Phone 9 Pro, dan ROG Phone 9 Pro Edition, yang direka untuk memenuhi keperluan pemain dengan kuasa pemprosesan luar biasa, ciri AI, dan rekaan premium.

IMG_0276 (1)

Peranti ini tampil dengan paparan AniMe Vision mini-LED, termasuk model Pro yang mempunyai 648 LED boleh atur untuk animasi eksklusif. Reka bentuk futuristik dengan tekstur nano memberikan sentuhan elegan dan anti-cap jari.

Dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite, siri ini menggunakan teknologi AI seperti X Sense 3.0 untuk pengenalan imej dan X Capture 2.0 untuk merakam detik permainan secara automatik. Sistem GameCool 9 pula memastikan prestasi optimum tanpa isu kepanasan.

IMG_0293 (1)

Peranti ini menggunakan paparan AMOLED LTPO 6.78-inci Full HD+, kadar segar semula sehingga 185Hz (terhad kepada beberapa aplikasi). Ia juga dibekalkan bateri berkapasiti 5,800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W dan pengecasan wayarles 15W (Qi-certified).

Beralih pada bahagian kamera, ia menggunakan 50MP utama 13MP sudut lebar dan 32MP telefoto 3x, tetapi hasil imejnya adalah 8MP menggunakan teknologi binning piksel 2×2. Manakala kamera hadapan pula 32MP, juga dengan binning piksel.

Model ini menawarkan pilihan antara 16GB RAM + 512GB storan sehingga 24GB RAM + 1TB storan, menjadikannya telefon berprestasi tinggi untuk peminat permainan mudah alih.

Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM3,999

ROG Phone 9 boleh didapati bermula dari RM3,999. Model Pro Edition pula dilengkapi AeroActive Cooler X Pro dengan harga RM5,999. Setiap pembelian sebelum 31 Disember 2024 hadir dengan ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM947, termasuk jaminan tambahan setahun.

WhatsApp Image 2024-12-10 at 13.31.25
WhatsApp Image 2024-12-10 at 13.31.26-2
WhatsApp Image 2024-12-10 at 13.31.26
WhatsApp Image 2024-12-10 at 13.32.36-2
WhatsApp Image 2024-12-10 at 13.32.36

Kunjungi reruai ROG Phone di Karnival M6, Bukit Jalil pada 13-15 Disember untuk aktiviti menarik dan peluang memenangi hadiah eksklusif.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • FBI Beri Amaran Risiko Bermesej Antara iOS-Android Tanpa Ciri Penyulitan Hujung Ke Hujung
  • Google Kini Memperkenalkan Ciri Baharu Dalam Carian Web
  • Kejohanan Snapdragon Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Akan Tiba Di Johor Bahru
  • Cepat Sambar 2 Game Ini Berharga Hampir RM300 Dengan Percuma Untuk Masa Terhad

Sumber: Siaran media ASUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY