Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Rasmi, Skrin Dengan Kadar Segar Semula 185 Hz

Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Rasmi, Skrin Dengan Kadar Segar Semula 185 Hz

Diterbitkan November 20, 2024 oleh Rushsyafizal

ASUS telah melancarkan siri ROG Phone 9 secara rasmi, meneruskan pendekatan rekaan arus perdana yang diperkenalkan pada model sebelumnya. Siri kali ini hadir dengan tiga varian iaitu ROG Phone 9, ROG Phone 9 Pro, dan Pro Edition, dengan perbezaan utama pada aksesori yang disertakan.

Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Rasmi, Skrin Dengan Kadar Segar Semula 185 Hz

Paparan AniMe Vision mini-LED menjadi ciri utama kedua-dua model asas dan Pro. Bagaimanapun, model Pro dilengkapi 648 mini LED, jauh lebih banyak berbanding hanya 85 pada model asas, memberikan lebih banyak kawalan ke atas animasi dan grafik.

Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Rasmi, Skrin Dengan Kadar Segar Semula 185 Hz

Peranti ini menggunakan paparan AMOLED LTPO 6.78-inci Full HD+, kadar segar semula sehingga 185Hz (terhad kepada beberapa aplikasi). Dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite, antara cip yang terkini dalam pasaran.

Screenshot 2024-11-20 101615

Ia juga dibekalkan bateri berkapasiti 5,800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W dan pengecasan wayarles 15W (Qi-certified).

Beralih pada bahagian kamera, ia menggunakan 50MP utama 13MP sudut lebar dan 32MP telefoto 3x, tetapi hasil imejnya adalah 8MP menggunakan teknologi binning piksel 2×2. Manakala kamera hadapan pula 32MP, juga dengan binning piksel.

Model ini menawarkan pilihan antara 16GB RAM + 512GB storan sehingga 24GB RAM + 1TB storan, menjadikannya telefon berprestasi tinggi untuk peminat permainan mudah alih.

ASUS turut mengesahkan bahawa pelancaran untuk pasaran Malaysia akan diadakan tidak lama lagi. Namun, masih belum pasti sama ada semua ciri dan spesifikasi ini akan diterapkan pada model yang dijual di sini.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Siri vivo X200 Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM3,599
  • Kemas Kini Segera, iOS 18.1.1 Tampal Kelemahan Keselamatan Yang Dieksploitasi Secara Aktif
  • KKM Rangka 'Super Apps', Tawar Perkhidmatan Kesihatan Termasuk Pesanan Ambulans
  • Pertama Di Dunia, Kilang Proses Sawit Guna Teknologi AI Dilancarkan Di Perak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY