Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Zenbook 14X OLED_ UX3404_Scenario Photo_Performance

ASUS Zenbook 14X OLED, Komputer Riba Premium Pertama Di Malaysia Dikuasakan Cip Intel Gen-13

Diterbitkan Februari 23, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran model komputer riba terbaru paling berkuasa dalam siri Zenbook Classic iaitu Zenbook 14X OLED (UX3404).

ASUS Malaysia menyatakan, Zenbook 14X OLED adalah komputer riba OLED premium pertama di Malaysia yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Generasi Ke-13 H-series terkini.

Ia juga dilengkapi dengan memori 32 GB RAM serta sistem penyejukan ASUS IceCool untuk memaksimumkan prestasi.

ASUS Zenbook 14X OLED_UX3404_Product photo_Inkwell Gray_02

Komputer riba kini turut menampilkan grafik dari NVIDIA® GeForce RTX™ 3050 untuk memberikan prestasi visual terbaik menerusi skrin OLED HDR 120Hz (2.8K) bersaiz 14.5 incinya.

Sebanyak 3 varian ditawarkan untuk Zenbook 14X OLED terbaru ini dengan harga jualan bermula dari RM4,999 (Intel Core i5-13500H), RM5,999 (Intel Core i7-13700H) dan RM6,999 (Intel Core i9-13900H dengan GeForce RTX 3050).

ASUS Zenbook 14X OLED UX3404 One Pager Malaysia

 

Untuk info spesifikasi lebih lanjut, layari laman rasmi ASUS Malaysia.

Berkaitan

  • (Ulasan) Lenovo IdeaPad V14 G2 ITL - 'Laptop' Paling Berbaloi Bawah RM1,500
  • (Ulasan) MSI Modern 14 - Kerja Jadi Senang Dengan Komputer Riba Ni
  • (Ulasan) Lenovo Yoga 9i - Komputer Riba Fleksibel Berprestasi Dan Premium, Tapi Masih Mampu Milik

Sumber: Media ASUS Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY