Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Vivobook S 14_S5406SA_Campaign Scenario photo_8K_Neutral Black_05 (Medium)

ASUS Vivobook S 14 Dipacu Intel Core Ultra (Siri 2) Dilancarkan Pada Harga Bermula RM4,799

Diterbitkan Disember 17, 2024 · Dikemas kini Disember 17, 2024 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia melancarkan ASUS Vivobook S 14 (S5406SA), sebuah komputer riba ultra-ringan dan senipis 1.39cm dengan berat hanya 1.3kg sahaja.

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra (Siri 2), menampilkan skrin ASUS Lumina OLED 14-inci beresolusi WUXGA (1920×1200) dengan kadar segar semula 60Hz.

ASUS Vivobook S 14_S5406SA_Campaign Scenario photo_8K_Neutral Black_04
ASUS Vivobook S 14 baharu ini dilengkapi dua port Thunderbolt™ 4, dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A, port HDMI® 2.1 (TMDS), pembaca kad MicroSD dan bicu audio 3.5mm serta papan kekunci RGB backlit.

Vivobook S 14 menawarkan prestasi tinggi dengan pilihan pemproses Intel Core Ultra 7, grafik Intel Arc™, RAM LPDDR5X-8533 hingga 32GB, dan storan SSD PCIe 4.0 1TB.

Dengan kecekapan tenaga yang tinggi membolehkan baterinya mampu bertahan sehingga 27 jam operasi.

ASUS Vivobook S 14 (S5406SA) ini dijadualkan akan tersedia mulai pertengahan Januari 2025 nanti dengan harga bermula dari RM4,799.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Di Malaysia - Harga Bermula RM3,999
  • Proton e.Mas 7 Kini Rasmi - Hadir Dalam Dua Varian, Harga Bermula RM109,800

Sumber: Siaran media ASUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY
Loading Comments...