Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
asus v400

ASUS Malaysia Lancar Siri V400 AiO, PC AIO Bermula RM3,799

Diterbitkan Julai 30, 2025 oleh Amsyar Latif

ASUS Malaysia hari ini melancarkan siri ASUS V400 AiO, komputer semua-dalam-satu (All-in-One) yang direka khas untuk rumah moden dan pejabat produktif. Tersedia dalam pilihan skrin 24 inci (V440VA) dan 27 inci (V470VA), model ini menggabungkan rekaan minimalis, paparan NanoEdge FHD, dan prestasi berkuasa tinggi.

Dikuasakan oleh Intel Core i7-13620H, RAM 16GB DDR5, dan storan SSD hingga 1TB, siri ini sesuai untuk tugasan harian, mesyuarat maya dan hiburan visual.

Skrin sentuhnya menawarkan sudut pandangan luas, gamut warna 100% sRGB, dan kadar segar semula 75Hz, menjadikannya ideal untuk kerja kreatif dan tontonan berkualiti tinggi.

Audio juga tidak dilupakan dengan pembesar suara stereo berkuasa disokong Dolby Atmos dan reka bentuk bass-reflex.

Komunikasi pula dipertingkat melalui pembatalan hingar AI, kamera FHD dengan AI, dan ciri ASUS AI ExpertMeet untuk pengalaman mesyuarat lebih imersif.

Keselamatan diperkuat dengan kamera boleh sorok, TPM 2.0, dan slot kunci Kensington Nano.

Harga bermula RM3,799 hingga RM4,499 dengan waranti on-site selama 3 tahun.

Screenshot 2025-07-30 at 11.27.53 AM

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Asus Tayang GPU RTX 5090 Dari Emas Tulen Seberat 5Kg Bernilai Lebih RM2 Juta
  • ASUS TUF Gaming T500 Tiba Di Malaysia – Desktop 'Gaming' Kompak, Harga Serendah RM3,899

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY