Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS TUF

ASUS TUF Gaming T500 Tiba Di Malaysia – Desktop ‘Gaming’ Kompak, Harga Serendah RM3,899

Diterbitkan Julai 25, 2025 oleh Amsyar Latif

ASUS Malaysia secara rasmi melancarkan TUF Gaming T500, sebuah desktop gaming kompak baharu yang direka untuk menyokong permainan AAA dan e-sukan terkini.

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i7-13620H dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti, model ini turut dilengkapi memori 16GB DDR5 dan storan pantas 1TB PCIe 4.0 SSD, memberikan prestasi mantap dalam bentuk padat bersaiz hanya 15 liter.

ASUS TUF Gaming T500 Tiba Di Malaysia – Desktop ‘Gaming’ Kompak, Harga Serendah RM3,899
ASUS TUF Gaming T500 Tiba Di Malaysia – Desktop ‘Gaming’ Kompak, Harga Serendah RM3,899

Rekaan luaran T500 mengambil inspirasi daripada mecha anime, menampilkan pencahayaan kuning dan panel sisi lut sinar yang menonjolkan komponen dalaman. Seperti semua peranti TUF Gaming, ia mematuhi piawaian ketenteraan MIL-STD-810H untuk ketahanan tinggi.

Dua varian ditawarkan di Malaysia:

  • Intel i7 + RTX 5060 Ti (16GB/1TB) – RM6,999
  • Intel i5 + RTX 3050 (16GB/512GB) – RM3,899

Kedua-duanya kini tersedia dengan jaminan 3 tahun di seluruh negara.

Berkaitan

  • Tangan Tak Busuk Lagi Walau Berjam-Jam Bermain Dengan Tetikus Wangi ASUS
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Asus Tayang GPU RTX 5090 Dari Emas Tulen Seberat 5Kg Bernilai Lebih RM2 Juta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY