Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ProArt Display OLED PA27USD& PA32USD

ASUS Umum Monitor ProArt OLED Baharu Untuk Profesional, Harga Dari ~RM9,400

Diterbitkan Mei 13, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS baru sahaja memperkenalkan dua monitor profesional terbaharunya menerusi siri ProArt iaitu model ProArt Display OLED PA27USD (26.5”) dan PA32USD (31.5”), yang direka khusus untuk pencipta kandungan dan pasukan pasca-produksi profesional.

Monitor ini menggunakan teknologi QD-OLED 4K dengan kecerahan puncak sehingga 1000 nits dan nisbah kontras 1,500,000:1, memberikan visual yang tajam dan realistik, sekali gus menjamin ketepatan warna yang diperlukan profesional kreatif.

Selain itu, monitor ini menyokong kadar segar semula 240Hz, menjadikannya sesuai bukan sahaja untuk kerja kreatif tetapi juga pengalaman hiburan dan permainan.

ProArt Display OLED PA27USD-front view to the left with hood
Paparan ProArt OLED PA27USD-pandangan hadapan ke kiri dengan hud.

Ciri unik seperti colorimeter terbina untuk kalibrasi automatik, sokongan HDR (Dolby Vision, HDR10, HLG), serta sambungan lengkap termasuk Thunderbolt 4, HDMI 2.1, DisplayPort 2.1, USB hub dan 12G-SDI menjadikannya pilihan serba lengkap.

ASUS turut menambah ciri perlindungan OLED Care bagi mengurangkan risiko burn-in.

ProArt Display OLED PA27USD-side view showing the tilt angles
Paparan ProArt OLED PA27USD-pandangan sisi menunjukkan tahap sudut kecondongan.
ProArt Display OLED PA27USD-front view to the left with mini stand and hood
Paparan ProArt OLED PA27USD-pandangan hadapan ke kiri dengan kaki mini dan hud.

Dari segi reka bentuk, monitor ini hadir dengan hood anti-pantulan, pengurusan kabel, serta edisi MAX Case untuk mobiliti.

ASUS ProArt Display OLED PA27USD ditawarkan pada harga US$2199 (~RM9,400), manakala ASUS ProArt Display OLED PA27USD Panaro MAX Rugged Case Edition pula berhargaUS$2599 (~RM11,100)

Sementara ASUS ProArt Display OLED PA32USD pula dijual pada harga US$2699 (~RM11,500).

Monitor ASUS baharu ini akan tersedia di pasaran pada bulan Mei ini.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • ASUS Lancar Laptop AI Tahan Lasak Untuk Perniagaan Di Malaysia Berharga RM2,799
  • ROG Perkenal Skrin Sentuh Bersaiz 12.3 Inci untuk Gamer Dan Streamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY