Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ExpertBook P1_scenario photo_03_1920x1080

ASUS Lancar Laptop AI Tahan Lasak Untuk Perniagaan Di Malaysia Berharga RM2,799

Diterbitkan April 10, 2026 · Dikemas kini April 10, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia memperkenalkan ExpertBook P1, komputer riba perniagaan pertama berkuasa AI di Malaysia.

Dipacu pemproses Intel® Core™ 5 210H, komputer riba ini direka untuk profesional moden menerusi  model 14 inci (P1403CVA) dan 15 inci (P1503CVA).

ExpertBook P1_scenario photo_02_1500x1500
Dengan ciri seperti ASUS AI ExpertMeet, ia menambah baik mesyuarat maya melalui transkripsi automatik, terjemahan langsung dan pengurangan hingar AI. Berat ExpertBook P1 yang hanya 1.4kg dan bateri tahan sehingga 10 jam pula menjadikannya sesuai untuk kerja mudah alih.

Apa yang lebih penting lagi adalah ketahanannya di mana ASUS ExpertBook P1 direka untuk ketahanan harian serta menghadapi kemalangan tidak dijangka.

Asus mengaskan bahawa ia mampu bertahan jatuh dari ketinggian 120 cm ke permukaan konkrit, manakala papan kekunci kalis tumpahan boleh menampung sehingga 66 cc cecair.

Kerangkanya pula diperkuat untuk menahan tekanan, dengan penutup dan bahagian bawah mampu menampung beban sehingga 50 kg, serta panel paparan menahan tekanan 28 kg serta Port I/O pula diuji sehingga 5,000 kali penggunaan.

Peranti ini juga melalui 50,000 ujian lenturan casis, memastikan kebolehpercayaan jangka panjang, sekali gus mengurangkan kos penyelenggaraan dan sesuai untuk kegunaan profesional sepanjang tahun.

KV-ASUS ExpertBook Now Available

ASUS menawarkan jaminan dua tahun perlindungan kerosakan tempatan setahun, dan langganan McAfee selama tiga tahun serta barang eksklusif percuma dengan nilai keseluruhan RM1,917.

ASUS ExpertBook P1 kini tersedia di Malaysia pada harga yang begitu kompetetif iaitu hanya RM2,799 sahaja.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Matikan Fungsi Windows 11 Ini Untuk Internet Lebih Stabil Dan Jimat Ruang Storan
  • ASUS Lancar PC Kompak Siri V Dipacu Intel Core 7 240H, Hanya Berharga RM2,899

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY