Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Fragrance Mouse MD101_KV

Tangan Tak Busuk Lagi Walau Berjam-Jam Bermain Dengan Tetikus Wangi ASUS

Diterbitkan Mei 16, 2025 ยท Dikemas kini Mei 16, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda kerap menggunakan komputer untuk tempoh yang lama bersama tetikus seperti bermain permainan komputer untuk tempoh berjam-jam lamanya sehingga berdaki dan berbau tetikus, ASUS Malaysia menawarkan penyelesaian dengan memperkenalkan ASUS Fragrance Mouse MD101, tetikus ergonomik berbau wangi.

Ia dilengkapi ruang khas bagi memasukkan pewangi yang menjadikan tetikus ini berbau wangi sehingga 2 minggu.

ASUS Fragrance Mouse MD101
Bekas peyimpanan cecair pewangi tersedia dalam tetikus ini.
ASUS Fragrance Mouse MD101
Keunikan tetikus ini adalah ruang wangian dalaman yang boleh diisi semula dengan minyak wangi pilihan pengguna.

Bukan sekadar wangi, tetikus ini juga dilengkapi dengan tapak PTFE untuk pergerakan lancar, tiga tahap DPI yang menyokong permainan (1200, 1600, 2400) dan sambungan dwi-mod 2.4GHz.

ASUS Fragrance Mouse MD101

Selain itu, ASUS turut memperkenalkan papan kekunci Marshmallow Keyboard KW100 yang diperbaharui dengan pilihan warna Iridescent WhitedanRose Clay serta dilengkapi butang Copilot untuk akses mudah ke aplikasi Microsoft Copilot.

Marshmallow Keyboard KW100

ASUS Fragrance Mouse MD101 dan Marshmallow Keyboard KW100 ini akan dijual di Malaysia bermula Jun 2025 pada harga RM169 dan RM179.

Beli aksesori baharu ASUS di stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmphmm
  • Lazada – https://invl.me/clmphms

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • ASUS Lancarkan Monitor Terbina Dengan Ciri Menapis Udara Kotor
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Google Dedah UI Android 16 Sasar Generasi Muda

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY