Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri ASUS ROG Phone 9 Kini Rasmi, Skrin Dengan Kadar Segar Semula 185 Hz

ASUS Sahkan Tiada Model Telefon Pintar Baharu, Fokus AI Dan Robotik

Diterbitkan Januari 21, 2026 oleh Amsyar Latif

ASUS secara rasmi mengesahkan bahawa syarikat itu tidak akan lagi menambah model telefon pintar baharu pada masa hadapan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi ASUS, Johnny Shih, yang memaklumkan bahawa fokus penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat kini akan dialihkan sepenuhnya kepada PC komersial dan bidang AI fizikal (Physical AI).

Menurut ASUS, keputusan ini dibuat sebagai langkah strategik untuk menyesuaikan diri dengan perubahan landskap teknologi global, khususnya dalam era AI yang semakin matang.

Sumber R&D yang sebelum ini digunakan untuk pembangunan telefon pintar akan dipindahkan kepada produk berpotensi tinggi seperti robotik, peranti AI, serta cermin mata pintar.

Walaupun ASUS tidak menyebut secara langsung bahawa perniagaan telefon pintar ditutup sepenuhnya, kenyataan “tidak lagi menambah model baharu” memberi isyarat jelas bahawa jenama telefon seperti Zenfone dan ROG Phone berkemungkinan besar berada dalam fasa penamatan atau pemerhatian tanpa pelancaran generasi baharu.

ASUS bagaimanapun menegaskan bahawa pengguna sedia ada tidak akan diabaikan. Sokongan perisian, perkhidmatan selepas jualan dan komitmen terhadap pelanggan telefon ASUS masih akan diteruskan buat masa ini.

Menariknya, peralihan ini dilihat sebagai langkah logik memandangkan pasaran telefon pintar kini sangat kompetitif, dengan margin keuntungan yang semakin mengecil.

Sebaliknya, AI fizikal menawarkan peluang pertumbuhan baharu, khususnya dalam sektor perusahaan dan industri.

Tambahan pula, pengalaman pasukan telefon ASUS dalam pembangunan platform Qualcomm dijangka dapat dimanfaatkan untuk pembangunan PC berasaskan Snapdragon serta peranti AI generasi baharu.

Berkaitan

  • i-City Jadi Pusat Pengalaman Robotik AI AGIBOT Pertama Di Luar China
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Kilang Gelap Pemasangan Kereta Dijangka Dioperasikan Robot Humanoid Menjelang 2030

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY