Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kilang Gelap Pemasangan Kereta Dijangka Dioperasikan Robot Humanoid Menjelang 2030

Kilang Gelap Pemasangan Kereta Dijangka Dioperasikan Robot Humanoid Menjelang 2030

Diterbitkan Januari 20, 2026 · Dikemas kini Januari 20, 2026 oleh ariff bukhari

Industri automotif sedang menuju era baharu dengan konsep “dark factory” – kilang yang beroperasi sepenuhnya dalam gelap 24 jam tanpa tenaga kerja manusia.

Menurut penganalisis, menjelang 2030 sekurang-kurangnya satu pengeluar kereta di Amerika Syarikat atau China akan mencapai tahap automasi penuh.

Syarikat automotif Korea Selatan, Hyundai telah pun mengumumkan bahawa mereka akan mula menggunakan robot Atlas yang dibangunkan oleh Boston Dynamics di kilang Georgia pada 2028, manakala Mercedes-Benz sedang menguji robot humanoid Apollo untuk kerja pemasangan.

Langkah ini dijangka mempercepatkan pengeluaran dan mengurangkan kos sehingga 50%.

Namun, bagi memudahkan automasi, reka bentuk kenderaan mungkin diubah – contohnya sistem pendawaian modular dan proses pemasangan kabin yang lebih mesra robot.

Walaupun peranan manusia dalam pemasangan akan berkurangan, peluang baharu kini muncul dalam bidang penyelenggaraan robotik, pembangunan perisian, logistik dan kejuruteraan.

Dilaporkan kini sebanyak 12 daripada 25 pengeluar kenderaan utama dunia sudah pun menguji teknologi robotik canggih untuk operasikan kilang mereka.

Apa yang perlu ditekankan adalah transformasi ini bukan sekadar menggantikan manusia, tetapi turut mengubah bentuk pekerjaan.

Kemahiran digital, keupayaan beradaptasi dan pembelajaran berterusan akan menjadi syarat utama.

Berkaitan

  • Kilang-Kilang Di China Kini Beroperasi Dalam Gelap 24 Jam
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY