Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AGIBOT I-CITY

i-City Jadi Pusat Pengalaman Robotik AI AGIBOT Pertama Di Luar China

Diterbitkan Januari 14, 2026 oleh ariff bukhari

AGIBOT, salah sebuah syarikat terkemuka dalam teknologi robotik dan bidang kecerdasan buatan (AI), kini secara rasminya bertapak di Malaysia.

Walaupun hanya baru ditubuhkan pada 2023 lalu, AGIBOT kini telah diiktiraf sebagai peneraju global dengan penghantaran lebih 5,100 humanoid pada 2025, sekali gus menguasai 39% pasaran robotik dunia.

Pelancaran AI World Experience Centre, pusat pengalaman robotik AI dan humanoid AGIBOT di i-City hasil kerjasama dengan I-Berhad telah menjadikan Malaysia yang pertama dipilih untuk pusat kekal pertama mereka di luar China.

AGIBOT juga turut mengumumkan melancarkan inisiatif strategik Asia Pasifik bermula di Malaysia, sekali gus menandakan komitmen jangka panjang syarikat itu terhadap automasi dan inovasi tempatan.

i-City Jadi Pusat Pengalaman Robotik AI AGIBOT Pertama Di Luar China
Portfolio AGIBOT merangkumi pelbagai model robot AI termasuklah humanoid A2 dan X2, robot industri G2, quadruped D1, serta robot komersial C5. Aplikasinya meliputi perhotelan, hiburan, logistik, keselamatan, pendidikan dan penyelidikan.
agibot 2

Di majlis pelancarannya yang berlangsung pada 13 Januri 2026 itu juga, VSTECS Astar Sdn Bhd telah diumumkan sebagai pengedar rasmi robot humanoid AGIBOT di Malaysia bermula Januari 2026.

VSTECS, sebagai syarikat pengedar ICT terkemuka, akan menyediakan rangkaian sokongan, latihan, dan saluran pengedaran untuk memastikan AGIBOT dapat dimanfaatkan secara meluas.

Dengan kehadiran AGIBOT, Malaysia berpotensi menjadi hab inovasi robotik di rantau Asia Tenggara. Malah kerjasama ini juga dijangka akan mempercepatkan penerimaan teknologi robotik di Malaysia, khususnya dalam bidang pendidikan, perkhidmatan pelanggan, penjagaan kesihatan, dan runcit.

Berkaitan

  • AGIBOT Lancar AI World Experience Centre Pertama Di Malaysia, Yang Pertama Di Luar China
  • Berlakon Di Depan Kamera IMAX Seperti "Blender Di Muka Anda" - Matt Damon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY