Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spesifikasi Asus ROG Phone 3 Didedahkan – Bateri 5800mAh Dan Snapdragon 865

Spesifikasi Asus ROG Phone 3 Didedahkan – Bateri 5800mAh Dan Snapdragon 865

Diterbitkan Jun 16, 2020 · Dikemas kini Jun 17, 2020 oleh Amalina Athman

Asus ROG Phone 3 dilaporkan telah tersenarai di laman TENAA baru-baru ini. Disenaraikan di bawah kod nama ASUS_I003D, beberapa spesifikasi telah didedahkan.

ROG Phone 3

ROG Phone 3 akan didatangkan dengan paparan skrin AMOLED Full HD+ bersaiz 6.59 inci, kapasiti bateri 5800mAh dan pengecasan pantas 30W. Namun terdahulu, ada khabar angin yang menyatakan ia mungkin mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 6000mAh.

Spesifikasi Asus ROG Phone 3 Didedahkan – Bateri 5800mAh Dan Snapdragon 865

Seperti yang tertera dalam skor AnTuTu, peranti ini dilengkapkan dengan RAM 16GB dan ruang simpanan 512GB. Spekulasi dari AnTuTu juga menyatakan kadar segar peranti ini adalah sekitar 144Hz.

Walaupun dijangka ROG Phone 3 akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 865, namun terdapat beberapa perkara mengenainya. Kelajuan CPU yang direkodkan mencecah 3.09GHz berbanding 2.85GHz yang direkodkan pada Snapdragon 865. Kelajuan tersebut adalah lebih tinggi berbanding kebiasaan.

Disebabkan terdapat ura-ura yang menyatakan Qualcomm tidak akan melancarkan Snapdragon 865+ pada tahun ini, tidak dapat disahkan jika peranti ini dijana cip Snapdragon 865 dengan versi berkelajuan tinggi.

Terdahulu, peranti ROG Phone 2 telah diumumkan pada Julai tahun lalu. Dengan penyenaraian ini, kemungkinan ROG Phone 3 juga akan dilancarkan pada bulan Julai seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sumber: AnTuTu 

Beli ROG Phone 2 dari:

Lazada (https://invol.co/clp5jo)

Shopee (https://invol.co/clp5jr)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY