Tiada Cip Snapdragon 865+ Untuk Tahun Ini

Qualcomm sebelum ini dijangka akan melancarkan kemaskini kepada Snapdragon 865 iaitu Snapdragon 865+ pada suku ketiga tahun 2020 ini. Menurut ura-ura ia akan mempunyai kemampuan CPU dan juga GPU yang lebih pantas.

Namun, kelihatannya syarikat itu dikatakan tidak akan melancarkan Snapdragon 865+. Ia adalah menurut dari kata-kata eksekutif Meizu yang menyatakan akan tiada Snapdragon 865+. Tambahannya lagi, kesemua model flagship Meizu akan menggunakan Snapdragon 865.

Jika benar maklumat yang dikongsi oleh beliau, ini bermakna model kemaskini lebih berkuasa yang akan datang seperti OnePlus 8T Pro atau Note 20+ hanya sekadar dimuatkan dengan Snapdragon 865 sahaja.

Faktor ketiadaan cip Snapdragon 865+ ini walau bagaimanapun tidaklah diperincikan. Namun, berkemungkinan ia berkait rapat dengan wabak pandemik Covid-19.

Sumber: Mydrivers

 

Berkaitan