Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ROG Phone 3 Akan Tersedia Dipasang Google Stadia

ASUS ROG Phone 3 Mungkin Diumumkan Julai Ini

Diterbitkan Mei 24, 2020 oleh Helmi Samsuri

Telefon pintar memfokuskan aplikasi permainan sudah menjadi perhatian setahun dua ini. Salah satu daripada model yang popular adalah ROG Phone yang kini sudah berada di generasi kedua.

Perkembangan terbaru mengenai siri tersebut, media Taiwan, Commercial  Times melaporkan ASUS bakal mengumumkan dua buah telefon pintar, ASUS ROG Phone 3 serta ZenFone 7 pada bulan Julai.

Pastinya tumpuan ramai akan lebih terarah kepada ROG Phone 3 dan spesifikasi apakah yang bakal dibawa pada model berkenaan. Menurut GSMArena, ROG Phone 3 sudah menerima pengiktirafan Wi-Fi daripada WiFi-Alliance baru-baru ini.

Berdasarkan ura-ura awal, ia akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 sementara lain-lain kelengkapan masih belum dapat dipastikan lagi.

Bagi siri ZenFone pula, model ZenFone turut diuar-uarkan akan tampil bersama-sama peranti gaming itu dan ia merupakan pengganti kepada ZenFone 6, telefon pintar yang mempunyai ciri kamera flip dari belakang ke hadapan.

Sumber: Commercial Times via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY