ASUS mengumumkan ketersediaan ASUS V600 AiO (VM640KA) yang merupakan PC AI All-in-One pertama ASUS.
Ia dikuasakan oleh AMD Ryzen AI 5 dengan NPU TOPS bagi membolehkan sokongan penuh Copilot+PC. Didatangkan dengan memori 16GB DDR5 dan storan sehingga 512GB SSD.
Menawarkan kelajuan dan kapasiti yang cukup serta membolehkan pengguna melakukan multi tugas dengan lancar. Dengan sokongan WiFi 7 pula, pengguna boleh melaksanakan tugas tanpa gangguan.
Direka dengan paparan 24 inci FHD yang kompak yang menawarkan sudut pandang sehingga 178° serta 93% screen-to-body ratio. Terdapat juga pilihan untuk touchscreen bagi memberikan interaksi dan navigasi yang lancar.
PC ini juga dilengkapi pensijilan TÜV untuk perlindungan mata yang menjamin keselesaan pengguna semasa penggunaan berpanjangan. Ia juga hadir dengan kamera boleh sorok dengan kaki boleh laras.

Ciri ASUS AI ExpertMeet, menjadikannya sesuai untuk kegunaan kerja dan pembelajaran yang lebih pintar di rumah. Membolehkan transkripsi, terjemahan, pembatalan bunyi dan kamera AI pintar. Setiap panggilan suara dan panggilan video lebih jelas dengan ciri ini.
Ciri keselamatan pula dipertingkat dengan binaan kamera yang boleh disorok jika tidak digunakan, sistem log masuk dengan pengecaman wajah adaptif dan perlindungan privasi automatik apabila pengguna log keluar.
PC ini juga didatangkan dengan ketahanan US MIL-STD 810H military standard untuk menahan tekanan penggunaan harian. Dengan sokongan servis 3-year on-site pula, ia boleh menjanjikan prestasi yang stabil tanpa gangguan, pengguna mampu bekerja dengan selesa dan tenang.
Kini, ASUS V600 AiO (VM640KA) boleh didapatkan pada harga RM3599 di semua pengedar sah ASUS.
{suggest}
