Telefon pintar berprestasi tinggi generasi kedua dari Asus.
Asus sebentar tadi telah mendedahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar berprestasi tinggi mereka iaitu Asus ROG Phone 2 secara rasminya di Malaysia pada 16 Oktober 2019.
Asus ROG Phone 2 merupakan kesinambungan daripada model pertamanya yang telah dilancarkan di Malaysia dalam bulan Oktober tahun lepas.
Bagi versi tempatan, ASUS ROG Phone 2 dijangka akan dilengkapi dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM serta storan berkapasiti sehingga 1TB. Malah Asus juga bakal menyertakannya sekali dengan pengecas pantas berkuasa 30W.
Manakala bagi spesifikasi lain pula, ia akan menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci (120Hz), dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 855+, kamera utama berkembar 48MP + 13MP, kamera hadapan 24-megapiksel serta bateri berkapasiti 6000mAh.
ASUS ROG Phone 2 telah lebih dulu dilancarkan di China pada Julai lalu dan kini tiba giliran para peminat Asus di Malaysia pula untuk merasai telefon pintar Asus berprestasi tinggi ini.
Buat masa ini, belum ada sebarang makluman tentang harga jualannya. Model pertama ASUS ROG Phone dahulunya dijual bermula dari harga RM3,499.00.
Berkaitan
- Game Developers Conference 2020 Ditunda Ke Satu Tarikh Baru Yang Belum Ditetapkan
- Hanya RM20/Bulan, OK VISION, TV Satelit Prabayar Baharu Di Malaysia
- Pengguna iPhone 11 Mengadu Tentang Isu Kesan Warna Hijau Pada Skrin Peranti
- Senarai Pemenang Pertandingan Fotografi iPhone 2020 Diumumkan
- Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Bersaing Dengan 32 Filem Animasi Antarabangsa Untuk Ke Oscar 2020
- JAIS Berjaya Menikahkan Sebanyak 442 Pasangan Pengantin Secara Sidang Video
- SanDisk Extreme Portable Dan Extreme PRO Portable SSD V2 Kini Lebih Pantas
- Telefon Modular Fairphone 3 Ditamatkan Pengeluarannya
- Nokia Dijangka Akan Perkenalkan Model Terbaru Telefon Pintar Nokia ‘Captain America’ Di MWC 2020
- Selepas Lebih Setahun Di Dalam Sungai, iPhone Milik Seorang Wanita Ditemui Penyelam Dan Masih Berfungsi Dengan Baik