Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Senarai Pemenang Pertandingan Fotografi iPhone 2020 Diumumkan

Senarai Pemenang Pertandingan Fotografi iPhone 2020 Diumumkan

Diterbitkan Julai 24, 2020 oleh ariff bukhari

Beberapa hari lalu, pihak penganjur Anugerah Fotografi iPhone 2020 telah pun mengumumkan senarai pemenang pertandingan tersebut.

iPhone Photography Awards (IPPAWARDS) 2020 merupakan kali ke-13 anugerah itu dianjurkan.

IPPAWARDS merupakan anugerah fotografi iPhone paling lama dianjurkan iaitu sejak tahun 2007 lagi.

Sejak itu, ribuan peserta dari lebih daripada 140 buah negara telah menyertai pertandingan fotografi peranti iOS ini setiap tahun.

Untuk tahun ini, Pemenang Utama IPPAWARDS dianugerahkan kepada Dimpy Bhalotia dari United Kingdom menerusi karya fotografinya yang bertajuk  ‘Flying Boys’.

Senarai Pemenang Pertandingan Fotografi iPhone 2020 Diumumkan
Dimpy Bhalotia: Flying Boys

Bagi Pemenang Tempat Pertama IPPAWARDS pula adalah dari Belarus yang bernama Artyom Baryshau dengan karya fotonya yang bertajuk ‘No Walls’.

Senarai Pemenang Pertandingan Fotografi iPhone 2020 Diumumkan
Artyom Baryshau: ‘No Walls’.

Seterus bagi Pemenang Tempat Kedua IPPAWARDS menjadi milik Geli Zhao dari China untuk karyanya yang bertajuk ‘Untitled’.

Senarai Pemenang Pertandingan Fotografi iPhone 2020 Diumumkan
Geli Zhao: Untitled

Manakala Pemenang Tempat Ketiga IPPAWARDS 2020 pula dianugerahkan kepada Saif Hussain dari Iraq menerusi hasil karya foto iPhone nya yang bertajuk ‘Sheikh Of Youth’.

Senarai Pemenang Pertandingan Fotografi iPhone 2020 Diumumkan
Saif Hussain: Sheikh Of Youth

Selain itu, 3 pemenang utama dianugerahkan kepada untuk setiap peserta dari negara-negara peserta termasuklah Australia, Bahrain, Belarus, Canada, China, Colombia, France, Hong Kong, Italy, Iraq, Israel, Japan, Netherlands, Peru, Philippines, Portugal, Singapore, Spain, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat menerusi 18 kategori yang dipertandingkan.

Untuk senarai penuh pemenang IPPAWARDS 2020, layari laman rasmi IPPAWARDS.com.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
©2026 WISER.MY