Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selangor Kini Membenarkan Majlis Akad Nikah Melalui Sidang Video

JAIS Berjaya Menikahkan Sebanyak 442 Pasangan Pengantin Secara Sidang Video

Diterbitkan Januari 27, 2021 · Dikemas kini Januari 27, 2021 oleh ariff bukhari

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah pun melaksanakan majlis akad nikah secara sidang video sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang bermula dari 13 Januari 2021.

Ia adalah sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak JAIS, mereka memaklumkan bahawa sebanyak 442 pasangan pengantin telah berjaya dinikahkan secara sidang video sejak PKP itu dikuatkuasakan.

Kebenaran pernikahan secara sidang video itu hanya boleh dilaksanakan oleh Pendaftar Perkahwinan sahaja.

Tetapi kini bagi melancarkan lagi urusan pernikahan pasangan yang bakal berkahwin mulai 4 Februari 2021 nanti, JAIS mengumumkan bahawa Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua Masjid Pengurusan  juga boleh melaksanakan majlis akad nikah secara sidang video.

Jadi ini adalah berita baik kepada para bakal pengantin baru kerana boleh mempercepatkan urusan pernikahan mereka dilaksanakan.

Sumber: JAIS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY