Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ok vision

Hanya RM20/Bulan, OK VISION, TV Satelit Prabayar Baharu Di Malaysia

Diterbitkan Disember 18, 2023 ยท Dikemas kini Disember 18, 2023 oleh ariff bukhari

Kumpulan media terbesar di Indonesia, MNC Group dan Ansat Broadcast Sdn. Bhd. milik Tan Sri Vincent Tan hari ini mewujudkan kerjasama untuk melancarkan platform hiburan media digital baharu untuk tontonan rakyat Malaysia.

Dikenali sebagai OK Vision, ia adalah TV Satelit Prabayar di bawah Rangkaian Wawasan MNC, yang diperbadankan dalam Kumpulan MNC.

OK VISION menawarkan pelbagai kandungan hiburan dari Indonesia, terutamanya “Sinetron” dan mendakwa sebagai “Rajanya Sinetron”.

Tetapi OK VISION juga menawarkan pelbagai program menarik dari semua genre termasuk drama-drama dan hiburan dari saluran MNC, filem antarabangsa, pendidikan dan pengetahuan, berita, hiburan kanak-kanak dan sukan akan datang yang boleh dinikmati bersama keluarga di seluruh Malaysia.

Sebagai pengenalannya, OK VISION menawarkan langganan berharga RM20/bulan dan percuma selama 12 bulan. Malah ia turut menawarkan lebih 10 saluran untuk ditonton secara percuma.

Hanya RM20/Bulan, OK VISION, TV Satelit Prabayar Baharu Di Malaysia

Untuk info lebih lanjut, layari laman rasmi OK Vision Prepaid Satellite Free to Air TV Channels.

Berkaitan

  • Selepas Setahun Ditangguh, Cukai Barang 'Online' Bawah RM500 Dikenakan Mula 2024
  • Spotify Sedang Uji Ciri 'Playlist' Guna AI
  • Google Akan Mematikan Kuki Untuk 30 Juta Pengguna Chrome Pada 4 Januari 2024

Sumber: OK VISION

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY