SanDisk Extreme Portable Dan Extreme PRO Portable SSD V2 Kini Lebih Pantas

Sandisk telah melancarkan 2 versi terbaru bagi storan luar kompak dan pantas iaitu SanDisk Extreme Portable Dan SanDisk Extreme Pro Portable SSD V2.

Kedua-dua model storan ini adalah daripada legasi versi pertamanya yang diperkenalkan dalam tahun 2018 dahulu.

Ia merupakan storan luar kompak yang menjadi pilihan pengguna profesional seperti jurufoto dan juruvideo yang mahukan storan luar yang pantas dan mudah alih.

Bagi versi terbaru ini, Extreme Portable SSD V2 Dan Extreme Pro Portable SSD V2 tiada perubahan besar dari segi reka bentuknya.

Tetapi ia menerima naik taraf yang amat diperlukan pengguna. Kedua-dua  model storan ini kini dilengkapi dengan antaramuka sambungan pantas USB-C 3.2 Gen 2.

Versi sebelum ini menggunakan antaramuka sambungan USB-C 3.1 Gen 2.

Jadi dengan generasi sambungan pantas terbaru ini, ia menyokong kelajuan pemindahan data sehingga 10Gb/s. Sandisk mendakwa kelajuan tersebut adalah hampir 2 kali ganda lebih pantas dari versi sebelumnya.

Bagi SanDisk Extreme Portable SSD V2, ia ditawarkan dalam kapasiti 500GB (USD119.99), 1TB (USD199.99) dan 2TB (USD354.99).

Manakala bagi Extreme Pro Portable SSD V2 pula ia ditawarkan dalam kapasiti 1TB (USD299.99) dan 2TB (USD499.99).

SanDisk Extreme Portable SSD V2 Dan Extreme Pro Portable SSD V2 dijangka akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Berkaitan