Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Majlis Pelancaran Nokia Di Moscow Pagi Nanti

Nokia Dijangka Akan Perkenalkan Model Terbaru Telefon Pintar Nokia ‘Captain America’ Di MWC 2020

Diterbitkan Februari 4, 2020 · Dikemas kini Februari 4, 2020 oleh ariff bukhari

Lagi telefon pintar mampu milik dari Nokia untuk peminat Android.

Pengguna Twitter bernama Evan Blass telah berkongsikan imej model terbaru telefon pintar dari Nokia yang menggunakan kod nama “Captain America” di dalam  akaun peribadi Twitter miliknya baru-baru ini.

Selain itu beliau juga turut berkongsikan sedikit info spesifikasi tentang Nokia “Captain America” itu. Antara spesifikasi yang dikongsikan adalah telefon pintar Nokia itu akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.2 inci, kapasiti RAM 6GB dan storan bersaiz 64GB.

Selain itu, Nokia “Captain America” juga akan dilengkapi dengan ciri imbasan cap jari dan takuk “waterdrop“.

nokia kapten america
Nombor model Nokia Captain America adalah TA-1234.

Walaubagaimanapun, tidak pula dinyatakan jenis cip pemprosesan dan kapasiti bateri yang akan muatkan ke dalam telefon pintar tersebut.

Tetapi Evan Blass ada menyatakan bahawa Nokia “Captain America” akan dijual pada harga USD180.00.

Nokia “Captain America” dijangka akan diperkenalkan secara rasminya oleh HMD Global di acara MWC 2020 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol dari 24 Februari hingga 27 Februari 2020.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY