Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Skrin Iphone 11 Pro Max Dinobatkan Sebagai Paparan Terbaik Oleh DisplayMate

Pengguna iPhone 11 Mengadu Tentang Isu Kesan Warna Hijau Pada Skrin Peranti

Diterbitkan Jun 6, 2020 · Dikemas kini Jun 7, 2020 oleh ariff bukhari

Belum ada penyelesaian setakat ini.

Sebahagian pengguna iPhone 11 mendakwa berlaku perubahan warna kepada skrin peranti mereka selepas peranti dinyah kunci.

Mereka mendakwa warna skrin peranti mereka berubah menjadi warna hijau.

Pengguna iPhone 11 Mengadu Tentang Isu Kesan Warna Hijau Pada Skrin Peranti

Pengguna yang terjejas pula meliputi pengguna model iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Seorang pengguna iPhone 11 Pro Max melaporkannya di laman Reddit dan melaporkan isu tersebut.

“I have been seeing a uniformly green tint on my 11 Pro Max for a few seconds after unlocking the phone. The same is happening with my mother’s phone (also 11 Pro Max), too. Recently found this thread. Is anyone else experiencing it, too?” Reddit.

Menurut penguna lain, mereka mendakwa isu ini timbul selepas mereka mengemas kini peranti mereka kepada versi iOS 13.4.1. Jadi dipercayai isu ini disebabkan oleh pepijat yang ada pada kemas kini tersebut.

Setakat ini, belum ada penyelesaian bagi memperbetulkan isu perubahan warna ini. Jadi, pengguna iPhone terpaksalah menunggu kemas kini baru dari Apple pada masa akan datang.

Sumber: 9to5 Mac

Beli iPhone 11 di

Lazada: https://invol.co/clorw7

Shopee: https://invol.co/clorw9

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY