Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas Lebih Setahun Di Dalam Sungai, iPhone Milik Seorang Wanita Ditemui Penyelam Dan Masih Berfungsi Dengan Baik

Selepas Lebih Setahun Di Dalam Sungai, iPhone Milik Seorang Wanita Ditemui Penyelam Dan Masih Berfungsi Dengan Baik

Diterbitkan Oktober 5, 2019 · Dikemas kini Oktober 5, 2019 oleh ariff bukhari

iPhone tersebut dipulangkan semula kepada pemiliknya.

Seorang YouTuber bernama Michael Bennett telah menemui sebuah iPhone 6s ketika membuat selaman dan pencarian di dalam sungai Edisto yang terletak Carolina Selatan.

Dengan menggunakan alat pengesan besi, beliau menyelam dan secara tidak sengaja telah menemui iPhone tersebut. Selepas ditemui, beliau segera membuka iPhone tersebut yang didapati masih berada dalam keaadaan sempurna terselamat berada di dalam pelindung kalis air jenama Mpow.

Selepas Lebih Setahun Di Dalam Sungai, iPhone Milik Seorang Wanita Ditemui Penyelam Dan Masih Berfungsi Dengan Baik
Kredit foto: Erica Bennet

Selepas disambungkan pada pengecas kuasa, iPhone tersebut dapat dihidupkan dan berfungsi dengan baik. Susulan daripada penemuan itu, Bennett telah menghubungi pemiliknya.

Pemilik asal iPhone tersebut adalah seorang wanita bernama Erica Bennett (tiada kena mengena dengan Michael Bennett).   Wanita itu memberitahu, dia kehilangan iPhone 6s tersebut pada 19 Jun 2018 ketika bercuti bersama keluarganya di sungai tersebut.

Padanya, penemuan semula iPhona tersebut adalah sesuatu yang amat dihargainya kerana dia dapat membaca semula mesej-mesej yang dihantar oleh mendiang ayahnya sebelum meninggal dunia.

“It was tough not having the most recent messages because we had talked about doing things because life is short. I cried a little. It’s just an awesome story to tell. I was able to see all the photos from that day, along with other photos and messages I had lost because I’m terrible at remembering to back up my phone.” kata Erica merujuk mesej-mesej yang dihantar oleh mendiang ayahnya sebelum ini yang tersimpan rapi di dalam iPhone tersebut.

Erica sememangnya tidak menyangka akan ditemui semula iPhone itu. Daripada pengalaman ini, Erica memberi nasihat kepada semua pengguna iPhone, “Back up your phone!”.

Sumber: People

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY