Filem tersebut dinilai untuk tercalon ke anugerah berprestij itu.
Filem animasi popular tempatan, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal melakar sejarah apabila disenaraikan untuk dinilai sebagai calon Anugerah Academy atau Oscar 2020.
Menurut kenyataan penerbit filem tersebut, Les Copaque, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal telah dicalonkan bersama 32 lagi filem animasi antarabangsa lain untuk dinilai seterusnya tersenarai sebagai calon akhir dalam anugerah berprestij itu.
https://www.instagram.com/p/B3tQqFWpEwG/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=dlfix
Pencalonan ini menjadikan filem terbitan Les Copaque itu akan bersaing dengan filem-filem animasi antarabangsa yang lain seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2.
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal berkisahkan pengembaraan yang menemui penonton di seluruh negara pada 21 Mac lalu.
Ia menceritakan kisah pasangan kembar itu bersama kawan mereka di Inderaloka dan mereka perlu mempertahankan kerajaan itu daripada raja jahat yang berniat ingin memusnahkannya.
Filem yang menelan belanja RM20 juta itu baru-baru ini telah diangkat sebagai Filem Cetera Terbaik di Festival Filem Animasi Antarabangsa 2019 (Animaze) di Montreal, Kanada.
Naskhah arahan bersama Adame Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim dan Ahmad Razuri Roseli itu bersaing bersama 65 filem dari seluruh dunia.
Selain menembusi pasaran China, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal turut ditayangkan di Indonesia, Vietnam, Uzbekistan dan India.
Sepanjang tayangannya di Malayisa sahaja, filem animasi 3D buatan Malaysia ini telah berjaya mengaut kutipan lebih daripada RM26 juta.
Sumber: Malaysia Kini
Berkaitan
- Malaysia Atasi Indonesia, Thailand Dan Filipina Sebagai Negara Yang Paling Selamat Dikunjungi 2022 - The Swiftest
- Lelaki Lilit 239 Cip Intel Gen 13 Bernilai Lebih RM200 Ribu Dipinggang
- Hajat Upin Dan Ipin Untuk Menjejakkan Kaki Di Oscar 2020 Tidak Kesampaian
- Upin Dan Ipin Memenangi Anugerah Golden Wing Bagi Kategori Animasi Terbaik Di China
- Diperkenalkan 'Pac', Matawang Kripto Terbaru Dari Jaguh Tinju Filipina
- Mari Belajar Tentang Harimau Malaya Bersama Zoo Taiping & Night Safari Secara 'Online' Esok
- Jom Belajar Tentang Buaya Bersama Zoo Taiping & Night Safari Secara Dalam Talian
- Indonesia, Filipina Dan 9 Lagi Negara Mula Terima Ciri Video Di Spotify
- Kerajaan India Melarang Penjualan Dan Penggunaan Beg Plastik Tunggal Sepenuhnya Bermula 1 Julai 2022
- Filipina Bakal Tayang Siri Aksi Sebenar Robot Voltes V Tahun Ini