Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
VU Air Ionizer Monitors

ASUS Lancarkan Monitor Terbina Dengan Ciri Menapis Udara Kotor

Diterbitkan Mac 12, 2025 oleh ariff bukhari

Memang lain daripada yang lain, ASUS baru-baru ini telah melancarkan barisan monitor baharu di mana uniknya ia dilengkapi dengan ciri menapis udara kotor.

Menerusi siri baharu monitor ASUS VU Air Ionizer, ia menggabungkan teknologi skrin  dengan fungsi pembersihan udara terbina dalam.

ASUS menyatakan, teknologi ionizer udara nano-ion yang terbina di dalam monitor ini mampu menyingkirkan sehingga 90% habuk dalam udara dalam masa tiga jam, tanpa memerlukan penapis tambahan.

VU Air Ionizer Monitors
Ciri penapis udara monitor ini menyokong kawasan liputan berkesan 1m³, membersihkan udara di seluruh ruang kerja untuk produktiviti yang selesa.

Siri ini merangkumi model 23.8-inci (VU249HFI-W), 27-inci (VU279HFI-W) serta model premium melengkung 34-inci (VU34WCIP-W).

Siri monitor ASUS VU Air Ionizer ini dilengkapi panel FHD IPS atau panel lengkung dengan kadar segar semula 100Hz dan 1ms MPRT.

Monitor ini juga turut memiliki teknologi Low Blue Light dan Flicker-Free yang disahkan TÜV Rheinland untuk keselesaan mata.

Harga jualan bagi siri monitor ASUS VU Air Ionizer baharu ini adalah bermula dari USD129 (~RM570) bagi model VU249HFI-W , USD159 (~RM700) bagi model VU279HFI-W dan model VU34WCIP-W pula berharga USD359 (~RM1,600) yang sudah tersedia di beberapa negara terpilih buat masa ini.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Safari Makin Merosot, Pengguna Mahir Lebih Sukakan Brave
  • Aplikasi Remote Desktop Bakal Ditamatkan Pada Mei 2025 Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY