Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Remote Desktop Bakal Ditamatkan Pada Mei 2025 Ini

Aplikasi Remote Desktop Bakal Ditamatkan Pada Mei 2025 Ini

Diterbitkan Mac 12, 2025 · Dikemas kini Mac 12, 2025 oleh ariff bukhari

Aplikasi Microsoft Remote Desktop yang membolehkan pengguna mengawal peranti lain dari jauh akan ditamatkan bermula 27 Mei 2025 nanti.

Microsoft memaklumkan, aplikasi itu tidak lagi akan tersedia untuk dimuat turun dari dalam Microsoft Store bermula dari tarikh tersebut.

Sehubungan itu, Microsoft mengarahkan semua pengguna Windows untuk beralih sepenuhnya kepada Windows App bagi memastikan mereka dapat terus mengakses dengan selamat Windows 365, Azure Virtual Desktop, Microsoft Dev Box, PC dan lain-lain.

Windows App

Microsoft berkata, Windows App menawarkan beberapa kelebihan berbanding Remote Desktop yang lama, antaranya:

  • Akses seragam ke pelbagai perkhimatan Windows dari satu aplikasi.
  • Skrin utama boleh disesuaikan, sokongan multimonitor, serta resolusi dinamik.
  • Pengalaman kerja jarak jauh yang lebih baik dengan pengalihan peranti, pengoptimuman Microsoft Teams, dan penukaran akaun yang lebih mudah.

Jadi, bagi anda yang memang menggunakan Windows Remote Desktop untuk kerja-kerja harian anda, bolehlah mengetahui lebih lanjut persediaan untuk peralihan ini yang ada diperincikan oleh pihak Microsoft di pautan ini.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Tarikh Pelancaran Dan Harga Death Stranding 2 Diumumkan, Tersedia Dalam 3 Edisi
  • Safari Makin Merosot, Pengguna Mahir Lebih Sukakan Brave

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY