Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2023-08-17 at 11.17.09 PM

ASUS Lancar Vivobook S 15 OLED Edisi Terhad, Hasil Kolaborasi Bersama ‘A Bathing Ape’

Diterbitkan Ogos 17, 2023 · Dikemas kini Ogos 18, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS secara rasminya sebentar tadi telah mengumumkan kolaborasi mereka bersama dengan jenama pakaian terkenal A Bathing Ape (BAPE).

Pengumuman itu dibuat dalam satu acara khas yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi ASUS.

Hasil kolaborasi itu, ASUS mengeluarkan model komputer riba edisi khas iaitu ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition.

Screenshot 2023-08-17 at 11.10.29 PM

Model Vivobook S 15 OLED lengkap didatangkan lengkap dengan pelbagai koleksi aksesori edisi terhad bertemakan BAPE termasuklah tetikus, beg komputer riba, kotak dengan corak penuh BAPE sekeliling kotak yang sangat menarik, figura Baby Milo sedang memegang Vivobook dan pelekat eksklusif yang hanya boleh didapati menerusi edisi komputer riba ASUS ini sahaja.

Vivobook S 15 OLED BAPE Edition_Green Camo Bundle with Black Laptop_ black laptops and green camo bundle
Ia didatang dalam 2 pilihan tema warna kotak bercorak iaitu warna hijau bercorak dan warna biru bercorak serta Midnight Black dan Cool Silver bagi kompuert riba yang penuh dengan corak bertemakan BAPE.
Vivobook S 15 OLED BAPE Edition_Blue Camo Bundle with Silver Laptop_ silver laptops and blue camo bundle

Dari aspek spesifikasi pula, ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE  Edition (K5504) dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Evo i9 Gen-13, RAM LPDDR5 16GB, storan SSD 1TB, paparan OLED 15.6 inci 2.8K 120Hz serta pembesar audio dari Harman Kardon.

ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition (K5504) lengkap didatangkan bersama semua aksesori edisi terhad ini dijual dengan  harga bermula dari RM6,499.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS Zenbook 14X OLED - Nak Nampak Bergaya, Inilah Komputer Ribanya
  • (Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium 1 cm
  • (Ulasan) Acer Swift Go 14 - Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000

(Beli pelbagai produk ASUS dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY