Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS ExpertCenter Pro ET900N G3(1)

Asus Lancar Superkomputer AI Berharga ~RM470 Ribu

Diterbitkan Jun 16, 2026 · Dikemas kini Jun 16, 2026 oleh ariff bukhari

Ini mungkin komputer meja termahal dan paling berkuasa jika pengguna awam mampu memilikinya apabila Asus melancarkan ExpertCenter Pro ET900N G3, sebuah workstation yang digelar sebagai “desktop AI supercomputer.”

Mesin ini dibina berasaskan cip Nvidia Grace Blackwell Ultra AI, menawarkan 72 ARM Neoverse V2 cores dan GPU dengan 252 GB HBM3e VRAM berkelajuan 7.1 TB/s.

Digabungkan dengan 496 GB LPDDR5X RAM, jumlah memori keseluruhannya mencecah 748 GB, menjadikannya sesuai untuk melatih dan menjalankan model AI berskala besar.

Asus Lancar Superkomputer AI Berharga ~RM470 Ribu
Dikuasakan oleh NVIDIA GB300 Grace Blackwell Ultra Desktop Superchip, sistem ini mampu mencapai sehingga 20 PFLOPS prestasi AI, sesuai untuk latihan model berskala besar, inferens dan aplikasi generatif.
Asus Lancar Superkomputer AI Berharga ~RM470 Ribu
Asus Lancar Superkomputer AI Berharga ~RM470 Ribu

Dari segi kuasa, ia dilengkapi PSU 1600W serta sistem penyejukan yang direka untuk mengekalkan prestasi tanpa throttling.

Untuk memudahkan ia dinaik taraf, terdapat tiga slot PCIe 5.0 (satu menyokong GPU tambahan Nvidia) dan sokongan sehingga empat storan M.2 SSD.

Walaupun tiada port USB4/Thunderbolt, ia menyediakan lapan USB 3.2, satu USB 2.0, serta dua port Ethernet 10 Gbps.

ExpertCenter Pro ET900N G3
Komputer meja ini hadir dengan Ubuntu Linux sebagai OS utamanya.

Harga permulaan yang ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat ialah USD 99,999 (~RM470 Ribu), menjadikan ExpertCenter Pro ET900N G3 ini PC desktop ultra premium yang menyasarkan syarikat besar, pusat penyelidikan, dan organisasi yang memerlukan kuasa komputasi AI luar biasa.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • (Ulasan) ASUS Zenbook S14 (UX5406A) - Laptop Ultra Premium Untuk Anda Berbajet Besar
  • ASUS ExpertBook Ultra Premium, Ringan Dan Lasak Dilancar, Harga Cecah RM21,000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY