Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS UGen300 USB AI Accelerator

ASUS Lancar Peranti USB Pertama Di Dunia Untuk Percepat Tugas AI Generatif

Diterbitkan April 7, 2026 · Dikemas kini April 7, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS telah memperkenalkan UGen300 USB AI Accelerator, peranti pertama di dunia yang direka khusus untuk mempercepatkan tugasan AI generatif.

Dikuasakan cip Hailo-10H dengan keupayaan sehingga 40 TOPS, ia mampu mengendalikan model bahasa besar (LLM), model visual (VLM), serta aplikasi AI moden seperti penjanaan teks, ringkasan video, dan arahan suara-ke-tindakan.

Berbanding dengan AI berasaskan perkomputeran awan, pengguna UGen300 tidak membayar langganan bulanan, tidak mengalami kependaman dan menikmati kebolehpercayaan dan privasi.

ASUS UGen300_PR Photo 2
Pemecut AI yang nipis ini berukuran 105 x 50 x 18mm, muat disimpan di dalam poket.

UGen300 hadir dengan 8GB LPDDR4 RAM khusus, memastikan kelancaran prestasi tanpa membebankan sistem utama.

Dengan penggunaan tenaga hanya 2.5 watt, ia menawarkan kecekapan tinggi untuk AI di hujung jari.

ASUS Lancar Peranti USB Pertama Di Dunia Untuk Percepat Tugas AI Generatif

Reka bentuk plug-and-play dengan antaramuka USB-C 3.1 Gen 2 menjadikannya mudah digunakan merentas sistem operasi Windows, Linux, dan Android, serta menyokong rangka kerja popular seperti TensorFlow, PyTorch, dan ONNX.

ASUS menekankan bahawa UGen300 bukan sekadar perkakasan, tetapi pintu masuk kepada ekosistem AI yang lebih mudah diakses, mampu milik, dan mesra privasi yang mana ia sesuai untuk pembangun, pendidik, dan lain-lain.

Layari ASUS UGen300 USB AI Accelerator 8GB untuk info lebih lanjut.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • ASUS Umum NUC 16 Pro, PC Kompak Dipacu Intel Core Ultra X9
  • BMW Dan UM Teroka Potensi Bateri EV Terpakai Untuk Simpanan Tenaga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY