Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BM KV Five new FAST channels on sooka and NJOI

Astro Tambah 5 Saluran Percuma Untuk Pelanggan sooka, NJOI

Diterbitkan November 8, 2023 ยท Dikemas kini November 8, 2023 oleh Amalina Athman

Semua pelanggan sooka dan NJOI kini boleh mengakses lima saluran Free Ad-Supported Streaming TV (FAST), tanpa bayaran tambahan.

Berkaitan

  • Astro Lancar Saluran Percuma Baharu, 'Ultraman'
  • Astro Tawar 'WiFi Kencang' 50Mbps Serendah RM60/bulan
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Ramai Buat Silap Ni Bila Ambil Gambar Malam, Ni Cara Yang Betul

Lima saluran baharu itu merupakan penambahan bagi 10 saluran FAST sedia ada, yang mana antaranya termasuk Filem Mantap, Drama Hebat, Drama Hotpot, Lawak Sentral dan Travel & Taste.

Menurut Astro, penambahan saluran baharu ini bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan pilihan hiburan yang pelbagai tanpa caj tambahan.

BM KV Five new FAST channels on sooka and NJOI

Saluran baharu FAST menawarkan campuran kandungan asli serta rancangan antarabangsa yang boleh diakses melalui peranti mudah alih dan TV pintar untuk pengguna sooka.

Sementara pelanggan NJOI boleh mengaksesnya melalui NJOI BOX di saluran berikut:

  • Filem Mantap – CH131
  • Drama Hebat – CH132
  • Drama Hotpot – CH133
  • Lawak Sentral – CH134
  • Travel & Taste – CH135

Selain pelanggan sedia ada, pengguna yang berminat juga boleh menonton kesemua 15 saluran FAST secara percuma selepas mendaftar sooka.

Sumber: Siaran akhbar ASTRO

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY