Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ultraman blazar

Astro Lancar Saluran Percuma Baharu, ‘Ultraman’

Diterbitkan Ogos 20, 2023 oleh ariff bukhari

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023, Hari Malaysia dan cuti sekolah, Astro menawarkan 2 saluran baharu secara percuma iaitu #DemiNegaraku (Saluran 100), tersedia untuk pelanggan Astro dan NJOI bermula 20  Ogos hingga 17 September dan Ultraman (Saluran 400) tersedia untuk semua pelanggan Astro bermula 20  Ogos hingga 30 September.

Kedua-dua saluran ini boleh didapati menerusi TV, Astro GO dan On Demand.  

#DemiNegaraku (Saluran 100) menawarkan kisah-kisah rakyat Malaysia dan hiburan yang penuh dengan  inspirasi termasuk dokumentari, filem, rancangan kanak-kanak dan kandungan baharu yang diinspirasikan oleh hero-hero sukan negara menerusi bola jaring, sepak takraw, memanah, lumba pecut, breaking dan  basikal trek.

Antara kandungan lain termasuklah Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama; program permainan  Family Feud Edisi Khas Merdeka (Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil); serta dokumentari  seperti The Guardian dan Kembara Chef Wan Laluan Sutera. 

Astro Merdeka 2023_KV

Sementara itu, Ultraman (Saluran 400) menawarkan siri-siri dan filem-filem terbaik yang diadaptasi daripada  hero popular ini termasuk Ultraman Blazar, Ultraman Decker, Ultraman Decker Finale: Journey to Beyond,  Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad dan banyak lagi. Ultraman (Saluran 400) turut tersedia untuk  pelanggan TV sooka dan Pek Kids NJOI.  

Berkaitan

  • Jimat Sebanyak RM239 Dengan Pek Primary Astro, Tonton 8 Saluran Tambahan Percuma 1 Tahun
  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • Pengasas BYD Kerugian ~RM7 Bilion Akibat Tesla, Hanya Dalam Sehari

Sumber: Siaran media Astro

(Langgan pelbagai pek siaran Astro secara sah dari stor rasmi Astro di Shopee dan Lazada).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY