Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BM Astro Fibre Oct Campaign KV

Astro Tawar ‘WiFi Kencang’ 50Mbps Serendah RM60/bulan

Diterbitkan Oktober 3, 2023 · Dikemas kini Oktober 3, 2023 oleh ariff bukhari

Astro memaklumkan bahawa para pelanggannya kini boleh menambah Astro Fibre ke langganan Pay TV mereka serendah RM60/sebulan untuk internet selaju 50Mbps atau RM90/sebulan untuk 100Mbps.

Sekaligus menawarkan penjimatan lebih RM900 untuk semua pelan kelajuan daripada 50Mbps hingga 800Mbps. Butiran penuh tawaran ini adalah seperti berikut:

WiFi Kencang Astro
Hanya pelanggan bukan Pek Primary sedia ada sahaja yang layak untuk tawaran ini. Promosi ini tamat pada 31 Disember 2023.

Bagi pelanggan Astro Fibre, semua langganan disertakan dengan penghala WiFi 6 terkini. Pelanggan Astro juga boleh memuat turun aplikasi Astro Fibre secara percuma untuk menikmati pengalaman WiFi yang lancar dengan ciri-ciri yang boleh mengawal penggunaan internet semua pengguna, memantau prestasi rangkaian dan mengurus akses WiFi untuk tetamu dengan selamat.

Selain itu, pelanggan baharu Astro boleh berjimat lebih RM600 dengan memilih Pek Sports atau Movies beserta sebarang kelajuan jalur lebar bermula hanya RM164.99/sebulan.

Sebagai alternatif, mereka juga boleh memilih pakej Pek Primary + Astro Fibre 50Mbps pada harga RM139.99/sebulan sebagai pakej pengenalan kepada Astro.

https://www.youtube.com/shorts/hfdm814aGkk

Untuk maklumat lanjut mengenai Astro Fibre, layari www.astro.com.my/fibre. 

(Langgan pelbagai pek siaran Astro secara sah dari stor rasmi Astro di Shopee dan Lazada).

Berkaitan

  • Astro Lancar Saluran Percuma Baharu, 'Ultraman'
  • Go Shop Akan Henti Operasi Sepenuhnya Pada Minggu Depan
  • Pengguna Sedang Alami Isu Rangkaian, Maxis Ambil Maklum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY