Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peperangan Tarif Antara US Dan China Memberi Kesan Kenaikan Harga Kepada Industri Elektronik

AS Pertimbang Hadkan Eksport Produk Berasaskan Perisian Ke China

Diterbitkan Oktober 23, 2025 oleh Amalina Athman

Pentadbiran Trump dilaporkan sedang mempertimbang rancangan untuk mengehadkan pelbagai eksport berasaskan perisian ke China, termasuk komputer riba dan enjin jet, sebagai respons terhadap sekatan eksport unsur nadir bumi yang dikenakan oleh Beijing.

Menurut Reuters, walaupun rancangan itu bukan satu-satunya pilihan yang dibincangkan, ia selari dengan ancaman Trump sebelum ini untuk menyekat eksport “perisian kritikal” ke China dengan mengehadkan penghantaran global produk yang mengandungi atau dibangunkan menggunakan perisian dari Amerika Syarikat.

Awal bulan ini, Trump turut menyatakan di media sosial bahawa beliau akan mengenakan tarif tambahan sebanyak 100% terhadap barangan dari China serta sekatan eksport baharu ke atas semua “perisian kritikal” menjelang 1 November, tanpa memperincikan lanjut mengenai langkah tersebut.

Namun, sumber memaklumkan bahawa langkah tersebut, yang butirannya didedahkan buat pertama kali, mungkin tidak akan diteruskan.

“Saya boleh sahkan bahawa semua pilihan sedang dipertimbangkan. Jika sekatan eksport ini dilaksanakan, sama ada melibatkan perisian, enjin atau perkara lain, ia berkemungkinan akan dilakukan bersama rakan sekutu G7 kami,” kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent kepada wartawan di Rumah Putih pada Rabu ketika ditanya mengenai kemungkinan sekatan perisian terhadap China.

Sementara itu, jurucakap kedutaan China menegaskan bahawa China menentang tindakan AS mengenakan langkah berbidang kuasa sehala (unilateral long-arm jurisdiction). Negara itu juga akan mengambil tindakan tegas bagi melindungi hak dan kepentingannya yang sah sekiranya AS meneruskan apa yang dianggap sebagai langkah yang salah.

Berkaitan

  • AS Hadkan Penghantaran Peralatan Pembuatan Cip TSMC Ke China
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Syarikat China Rancang Tenggelamkan Pusat Data Bawah Laut Bagi Atasi Isu Penggunaan Tenaga
  • Kereta Api Terpantas Di Dunia Sedang Diuji Di China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY