Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

AS Hadkan Penghantaran Peralatan Pembuatan Cip TSMC Ke China

Diterbitkan September 3, 2025 · Dikemas kini September 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Pentadbiran Presiden Donald Trump telah membatalkan kebenaran syarikat semikonduktor gergasi Taiwan, TSMC, untuk mengeksport peralatan pembuatan cip dari AS ke China tanpa lesen, sekali gus mengetatkan lagi akses negara itu kepada teknologi Amerika.

Langkah ini diambil selepas Jabatan Perdagangan AS menamatkan program validated end-user (VEU) yang sebelum ini membenarkan pengeluar semikonduktor asing tertentu mengeksport barangan dan teknologi dari AS tanpa lesen untuk membuat cip di China.

“TSMC telah menerima notifikasi daripada Kerajaan AS bahawa kebenaran VEU kami untuk TSMC Nanjing akan ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember 2025,” kata jurucakap Taiwan Semiconductor Manufacturing Company.

“Walaupun kami sedang menilai keadaan dan mengambil langkah sewajarnya termasuk berkomunikasi dengan kerajaan AS, kami kekal komited sepenuhnya untuk memastikan operasi TSMC Nanjing berjalan tanpa gangguan,” tambah syarikat itu dalam satu kenyataan.

TSMC ialah pengeluar kontrak cip terbesar di dunia yang digunakan dalam pelbagai produk daripada telefon pintar hinggalah peluru berpandu, dan merupakan pembekal kepada syarikat seperti Nvidia dan Apple.

Namun, pusat pembuatan cip paling maju syarikat itu masih kekal di Taiwan.

Pada Jumaat lalu, Biro Industri dan Keselamatan di bawah Jabatan Perdagangan berkata bekas peserta VEU akan mempunyai tempoh 120 hari selepas peraturan baharu diterbitkan dalam Federal Register untuk memohon dan mendapatkan lesen eksport.

Namun biro itu menegaskan, walaupun ia bercadang memberikan lesen bagi membolehkan syarikat-syarikat ini meneruskan operasi kilang mereka di China, ia tidak akan mengeluarkan lesen untuk membolehkan mereka “menambah kapasiti atau menaik taraf teknologi.” – AFP

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Trump Ugut Tarif Tambahan Untuk Negara Yang Kenakan Cukai Digital, Sasarkan Teknologi AS
  • MARS1000 - Cip AI Pertama Buatan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY