Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA

AS Benarkan Nvidia Jual Cip AI H200 Ke China

Diterbitkan Disember 9, 2025 ยท Dikemas kini Disember 9, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan Amerika Syarikat akan membenarkan Nvidia mengeksport cip kecerdasan buatan (AI) H200 ke China, dengan syarat Washington menerima bayaran 25%, menurut Presiden AS Donald Trump.

Dalam satu siaran di Truth Social, Trump berkata beliau telah memaklumkan keputusan itu kepada Presiden China Xi JinPing, yang memberikan respons positif terhadap perkara tersebut.

Trump menambah bahawa Jabatan Perdagangan AS sedang memuktamadkan butiran perjanjian itu, dan pendekatan yang sama juga akan dikenakan ke atas syarikat cip AI lain seperti Advanced Micro Devices (AMD) dan Intel.

Mengenai bayaran 25%, seorang pegawai Rumah Putih mengesahkan ia lebih tinggi berbanding 15% yang dicadangkan pada Ogos lalu.

Menurut laporan Reuters, bayaran ini akan dikenakan sebagai cukai import dari Taiwan (tempat cip dihasilkan) ke Amerika Syarikat, di mana cip akan menjalani semakan keselamatan sebelum dieksport ke China.

Keputusan ini dilihat meredakan perdebatan di AS tentang sama ada Nvidia dan pesaingnya patut mengekalkan kelebihan dalam pasaran cip AI dengan terus menjual kepada China atau menghentikan jualan sepenuhnya.

Namun, China sebelum ini telah menasihatkan firma tempatan supaya tidak menggunakan teknologi dari AS, menjadikan masih belum jelas sama ada langkah Trump ini akan benar-benar membawa kepada jualan baharu.

Berkaitan

  • Nvidia, AMD Dilapor Setuju Bayar 15% Hasil Jualan Cip Di China Kepada AS
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • China Dilapor Halang ByteDance Guna Cip Nvidia Di Pusat Data
  • Cip AI China Tidak Akan Dapat Kejar Nvidia Dalam Dekad Ini - Pakar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY