Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Dilapor Halang ByteDance Guna Cip Nvidia Di Pusat Data

China Dilapor Halang ByteDance Guna Cip Nvidia Di Pusat Data

Diterbitkan November 27, 2025 · Dikemas kini November 27, 2025 oleh Amalina Athman

Pihak berkuasa China telah menghalang pemilik TikTok, ByteDance, daripada menggunakan cip Nvidia di pusat data baharu mereka, lapor The Information.

Menurut laporan sama, ByteDance membeli lebih banyak cip Nvidia berbanding mana-mana syarikat China lain pada 2025, dalam usaha mendapatkan kuasa pengkomputeran untuk lebih satu bilion penggunanya. Ia susulan kebimbangan bahawa Washington mungkin mengehadkan bekalan.

Larangan itu menekankan usaha Beijing untuk mengurangkan kebergantungan pada teknologi Amerika Syarikat, terutama selepas Washington memperketat kawalan ke atas eksport cip semikonduktor cangggih ke China.

Pada Ogos lalu, pihak berkuasa China dilaporkan meminta syarikat tempatan menghentikan pesanan baharu cip AI Nvidia dan mendorong mereka beralih kepada pemproses buatan tempatan.

“Landskap pengawalseliaan tidak membolehkan kami menawarkan GPU pusat data yang kompetitif di China, sekali gus melepaskan pasaran besar itu kepada pesaing asing kami yang berkembang pesat,” kata jurucakap Nvidia kepada Reuters.

Reuters turut melaporkan awal bulan ini bahawa kerajaan China telah mengeluarkan panduan yang mewajibkan projek pusat data baharu yang menerima sebarang dana kerajaan hanya menggunakan cip kecerdasan buatan buatan tempatan, selaras dengan rancangan negara membina ekosistem AI alternatif dan mencapai pemerkasaan cip sendiri.

Berkaitan

  • Nvidia Kini Syarikat Pertama Di Dunia Capai Nilai Pasaran $5 Trilion
  • Nvidia Bekal 260,000 Cip Tercanggih Ke Korea Selatan
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • 110,000 GPU NVIDIA Bakal Kuasakan Superkomputer AI Jabatan Tenaga AS
  • Taiwan Luluskan Penubuhan Anak Syarikat Nvidia Dan Bina Pejabat Baru

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY